Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.na.sib] | برنصيب

Definisi : beruntung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.na.sib] | برنصيب

Definisi : menerima nasib: ~ baik mendapat keuntungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bernasib

Peribahasa

Asal sabut terapung,
     asal besi tenggelam.

Bermaksud :

Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Biar bernasib duri, jika terbuang pun tidak mengapa; jangan bernasib kayu, walau banyak berguna sekalipun.Lebih baik miskin daripada kaya menanggung hutang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asal sabut terapung, asal besi tenggelam.Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Daripada segenggam jadi segantang.Bernasib baik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah tangan bertuah, mumbang ditanam tumbuh juga.Seseorang yang bernasib baik, apa saja yang dilakukan olehnya berhasil belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap.Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya.Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak.Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Padi sekepuk hampa, emas seperti loyang, kerbau sekandang jalang.Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas