Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.naung] | برناءوڠ

Definisi : 1. berlindung (di bawah pohon dll), berteduh: baginda ketiga pun duduk ~ di bawah pohon kayu; 2. ki berlindung (pd kerajaan lain), menerima perlindungan (dr negara lain), menjadi daerah naungan: kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.naung] | برناءوڠ

Definisi : 1 berlindung di bawah pokok dll; berteduh: Kami ~ di bawah pokok ceri kerana hari terlalu panas. 2 ki berlindung pd kerajaan lain; meminta perlindungan drpd negara lain; menjadi daerah naungan: Kita tidak lagi ~ di bawah bendera Inggeris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naung
Kata Terbitan : bernaung, menaungi, naungan, penaungan, penaung,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KERJASAMA DI EROPAH

Persidangan Keselamatan dan Kerjasama

di Eropah (Conference on Security and

Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan

yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di

antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah.

Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini

ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah,

termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun

1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi

beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia

menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri-

negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan

Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian

daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat

dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara

rasmi menyertai CSCE.

UMUM 
SERI PERAK

SERI PERAK, akhbar mingguan. Akhbar ini muncul pada awal bulan Jun 1893 dan diterbitkan oleh Taiping Press, milik Sayid Abul Hassan Burhan, di Taiping, Perak.  Usaha Taiping Press ini merupakan usaha yang pertama oleh mana-mana pihak untuk menerbitkan sebuah akhbar berbahasa Melayu di negeri-negeri Melayu yang bernaung di bawah pemerintahan Biritsh pada masa itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas