Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.na.zar] | برنذر

Definisi : berjanji akan membuat sesuatu (apabila tercapai hajat), berkaul, berniat: ia ~, jika ia lulus dlm peperiksaannya nanti ia akan berpuasa tiga hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.na.zar] | برنذر

Definisi : berjanji akan membuat sesuatu apabila tercapai sesuatu hajat; berkaul; berniat: Dia ~ bahawa kalau anaknya sembuh, dia akan bersedekah kpd fakir miskin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bernazar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan, Minta khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang persoalan berikut: 1. Perang Dunia Kedua @ Perang Dunia II (yang mana satu betul?) 2. 10 tahun kemudian..... @ Sepuluh tahun kemudian.... (yang mana satu betul?) 3. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'shrine' dalam Kamus Dewan ialah tempat suci/keramat/tokong/topekong...apakah padanan ini sesuai untuk 'Yasukuni Shrine' di Jepun? Terima kasih.Berikut merupakan jawapan bagi tiga (3) pertanyaan yang dikemukakan:
1. Perang Dunia Kedua
2. Selepas 10 tahun
3. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tempat keramat merupakan tempat yang suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat; banyak orang yang pergi ke tempat keramat untuk meminta sesuatu dan bernazar; minta keramat sama dengan minta berkat (restu) dari tempat yang keramat.
Lain-lain16.06.2019

Kembali ke atas