Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.niat] | برنية

Definisi : 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.niat] | برنية

Definisi : 1 bermaksud; bertujuan: Aku pun tidak ~ hendak pulang ke rumahmu lagi. 2 berjanji akan berbuat sesuatu jika tercapai hajat; bernazar; berkaul: Dia ~ akan berpuasa seminggu jika ia lulus dlm peperiksaan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niat (kata nama)
1. Bersinonim dengan maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak, cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar,

2. Bersinonim dengan janji dalam hati: kaul, nazar, tekad, ikrar, azam,

Kata Terbitan : berniat, berniat-niat, meniatkan, terniat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin meminta pertolongan untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat "Ali langsung tidak berniat untuk menghebahkan kepayahan hidupnya kepada orang lain". Terima kasih.Cadangan penggunaan ayat yang betul ialah "Ali tidak berniat untuk menghebahkan kepayahan hidupnya kepada orang lain".Tatabahasa02.03.2022
Salam Encik Sulaiman, Saya berniat ingin menulis sebuah buku dan ingin panduan dari pihak tuan dari segi,undand undang dan peraturan.Saya ingin tanya jugak perkara yang saya sepatutnya fasih sebelum dan selepas saya menulis buku dan juga penerbitanya.Terima kasih.Salam sejahtera,
Penulis perlu menguasai tiga perkara, iaitu mahir dalam bidang ilmunya, mahir dalam bahasa yang ingin ditulisnya serta tahu aspek penulisan.
Penulis perlu peka dengan Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dalam hal ini,  penulis perlu memberi perakuan bahawa karyanya adalah hasil penulisannya sendiri dan tidak diciplak daripada pihak lain. Beliau juga mesti memastikan karyanya tiada unsur fitnah atau hasutan. Penulis juga perlu  tahu dasar penerbitan bagi sesebuah penerbit sebelum menghantar karyanya.
Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan dan minat tuan untuk menulis.
Lain-lain08.01.2012
"Ampun tuanku, patik/hamba tidak berniat berbuat begitu," sembah penyamun kepada Sultan Azizah. Perkataan 'patik' atau 'hamba' yang manakah tepat untuk orang seperti pencuri/penyamun/perompak bergelar diri apabila menghadap sultan/kerabat diraja?Untuk makluman, kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Sehubungan dengan itu, dalam konteks ayat yang diberikan, tuan/puan hanya perlu menggunakan konsep yang sama sebagai rujukan.Tatabahasa27.10.2015
Saya merupakan PIC penerbitan di fakulti saya. Saya berniat untuk menjemput pihak DBP untuk memberi taklimat tentang penerbitan buku dan perkhidmatan yang sedia ada di DBP untuk memudahkan penghasilan buku sperti buku teks dan bergambar. Saya memohon untuk mendapatkan wakil pihak DBP untuk dihubungiBagi tujuan tersebut, saudara boleh menghantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah seperti maklumat yang berikut:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 30, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

E-mel: hazami@dbp.gov.my/dina@dbp.gov.my
Lain-lain16.06.2023
Saya ingin meminta pertolongan untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat "Ali langsung tidak berniat untuk menghebahkan kepayahan hidupnya kepada orang lain". Terima kasih.Ayat yang diberikan tidak mempunyai kesalahan. Tatabahasa21.02.2022
Salam sejahtera. Adakah kata "mukim" mempunyai 2 makna yg bercanggah? Jika merujuk pd kamus, mukim membawa maksud tinggal tetap. Maksud yg lain juga adalah seperti penduduk yg tidak berniat untuk menetap di sesuatu tempat. Adakah terdapat dua makna yg bercanggah? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kata mukim adalah seperti yang berikut:

mukim kata nama

1 kawasan atau tempat tinggal di bawah perintah seorang penghulu atau ketua kampung. Contoh penggunaan: Kuala Tekal dan Kuala Kerau terletak dalam mukim Jenderak.

penduduk tetap di sesuatu daerah atau kawasan. Contoh penggunaan: Ada juga yang di dalam kapal-kapal itu seorang dua peranakan Bugis yang jadi mukim di negeri Melaka.

daerah yang berada dalam lingkungan sebuah masjid;

orang yang tinggal di Makkah melebihi tempoh menunaikan haji;

Terdapat empat pecahan makna mukim. Pemerian makna adalah berdasarkan konteks penggunaan kata tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP.
Makna12.01.2024
Dengan hormatnya saya ingin membuat pertanyaan kepada pihak DBP (sebagai pemegang hak cipta buku ini) tentang penterjemahan buku "Saya Dari Hujung Kota" oleh Sasterawan Negara Noordin Hassan ke dalam bahasa Inggeris. Sebabnya adalah kerana saya berniat bahawa buku yang asalnya ditulis dalam Bahasa Malaysia ini harus dipamerkan kepada pihak pembaca-pembaca antarabangsa / dunia sebagai satu contoh keindahan kesasteraan dan budaya Melayu. Dengan hormatnya saya melampirkan fail contoh penterjemahan saya untuk pertimbangan Tuan/Puan dan saya berharap mendapat balasan dari pihak Tuan/Puan tentang cadangan saya ini. Sekian, terimakasih.Berhubung dengan pertanyaan tuan, kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Bahagian Harta Intelek DBP. Tuan boleh menghubungi ketuanya, Puan Hajah Kamariah Yusof, melalui talian 03-21479000 atau e-mel kamari2@dbp.gov.my.Lain-lain15.04.2015
Saya dapati Kementerian Pelajaran Singapura menyediakan daftar PERIBAHASA. Satu daripada Peribahasa (Simpulan Bahasa) itu ialah : Berani mati dan pengertiannya ialah orang yang bertekad. Apabila saya cuba mengajar murid-murid saya dengan pengertian "orang yang nekad atau orang yang tidak endahkan keselamatan dirinya, mereka kata itu tidak tepat. Harap pihak tuan dapat beri penjelasannya. Terima kasih.

Kamus Dewan menakrifkan berani mati sebagai tidak takut mati. Perkataan tekad pula bermaksud berazam atau berniat dalam konteks ini orang yang berazam dan berniat untuk mati. Jika diteliti maksud frasa "tidak takut mati" dan "berazam untuk mati", kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. Oleh itu, ada baiknya saudara berbincang dengan panel penulis daftar peribahasa tersebut bagi mengungkapkan maksud sebenar ungkapan tersebut. 

Tatabahasa03.07.2011
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamakan kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka kepada / terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih daripada / dengan buah catur hitam. Terima kasih.Berikut merupakan ayat yang betul setelah pindaan dibuat.

1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap.
2. Jurulatih melatih kami dengan tegas.
3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api.
4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang.
5. Dia menamai kucingnya Si Comel.
6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar.
7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka terhadap majikannya.
8. Mereka mengasingkan buah catur putih dengan buah catur hitam.
Tatabahasa04.03.2013
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera. Izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya. Nama saya Muhammad Firdhaus bin Zulkifli. Saya merupakan pelajar dalam jurusan Bahasa Arab bagi peringkat sarjana ijazah di Universiti Mohamed ke-5 Rabat, Maghribi. Tahun ini merupakan tahun terakhir pengajian saya di mana saya perlu menulis tesis bagi melayakkan saya mendapat sijil. Saya berniat untuk memperkenalkan bahasa melayu di dalam tulisan saya di mana saya telah memilih untuk menulis berkaitan Nasalisasi dalam Bahasa Melayu di mana ia merupakan kajian ilmu fonologi. Saya berharap pihak DBP dapat memberi cadangan artikel - artikel yang dapat saya jadikan rujukan untuk kajian ini. Terima kasihTidak ada maklumat tentang penulisan khusus tentang nasalisasi. Aspek ini merupakan subtajuk dalam bidang fonologi. Kami mencadangkan tuan merujuk buku linguistik dan fonologi. Untuk melihat tajuk-tajuk buku tuan boleh  melihat katalog buku Pusat Dokumentasi Melayu, DBP melalui laman web http://pustaxa.dbp.gov.my/pustaxa/.  Syabas tuan dan semoga berjaya dalam pelajaran.Tatabahasa09.11.2017
12

Kembali ke atas