Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.nom.bor] | برنومبور

Definisi : mempunyai nombor atau telah dinomborkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bernombor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Pelumba yang menaiki motosikal bernombor dua berjaya___________pelumba yang menaiki motosikal bernombor lima. A.Memotong B.mencantas C. mengejar D. memintas apa jawapanya.Jawapan yang betul ialah A (memotong) dan D (memintas).Tatabahasa17.04.2012
Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan perkataan bernombor contohnya ke 4 atau ke-4 atau ke4 dan dalam ejaan keempat atau ke empat? Terima kasihPerkataan ke yang diikuti dengan angka ditulis ke-4, dan sekiranya dieja keempat. terima kasih.Tatabahasa14.03.2007
Tolong cek pesanan saya pada 3 mac 2015 bernombor rujukan 1586 atas nama Lim Pui Ting, tempahan dibuat secara online. Tolong balas email saya atau hubungi saya. Terims kasih Lim Pui Ting HP no. 0168307138Untuk urusan tempahan tempat/dewan, sila berhubung terus dengan Bahagian Pentadbiran Am, DBP di talian 03-21479095/9409/9080.Lain-lain18.03.2015
Salam sejahtera. Saya ingin mengetahui status permohonan KPBDBP yang bernombor 21104/2015. Dipohon pada 27/05/2015, malangnua sehingga hari ini saya masih belum terima pengesahan dari pihak DBP.Permohonan tuan telah disemak dan diluluskan.Lain-lain02.06.2015
No rujukan: Pengesahan Bahasa Melayu - 43677/2016 Saya telah menerima LULUS untuk permohonan pengesahan bernombor rujukan di atas. Bagaimanakah cara untuk saya dapat mencetak Sijil Pengesahan Bahasa DBP bagi tujuan permohonan lesen. Terima kasih.

Untuk mendapatkan sijil pengesahan bahasa , sila buka semula permohonan 43677/2016 dan  klik pada nombor kelulusan DBP/KPB/201609/09294.

Lain-lain05.09.2016
Salam DBP, saya merujuk kepada pantun dari buku Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua (2005). Pantun bernombor 242: Apa sebab bergelang paun Bambawaran gelang di kaki Apa sebab ke teraun-raun Pembawaan sudahlah di hati Ingin memohon pencerahan kepada istilah 'Bambawaran' di dalam pantun ini. Sudah lama mencari tetapi tidak berjumpa. Terima kasih.Berdasarkan semakan kami tidak ada maklumat tentang perkataan "bambawaran" dan hanya ditemukan dalam buku berkenaan. Carian di internet juga tidak menemukan sebarang maklumat.Tatabahasa10.03.2017
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan tanda baca (;). Adakah ianya sesuai digunakan pada contoh ayat berikut. Objektif kualiti hendaklah: 1. tekal dengan dasar kualiti; 2. boleh diukur; 3. dipantau. Soalan kedua, sepatutnya pada permulaan ayat bernombor wajib menggunkan huruf besar atau boleh sahaja huruf kecil dalam urusan rasmi. Contoh seperti di atas. Terima kasih.Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan,  terbitan DBP, tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.  ";"Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.

Tatabahasa27.01.2023
Salam, soalan tentang frasa "Cabutan bertuah", jika mahu mengelakkan penggunaan "bertuah", bolehkah dipendekkan kepada "cabutan" sahaja? Adakah membawa maksud yang sama, contoh "Ahmad menang hadiah dalam cabutan yang diadakan."Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud “cabutan bertuah” ialah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu. 

Ayat yang betul ialah, "Ahmad memenangi hadiah dalam cabutan bertuah yang diadakan."

Oleh yang demikian, perkataan “cabutan bertuah” perlu dieja bersekali bagi menyampaikan makna yang dilambanginya.

Lain-lain20.10.2023
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah.Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah.Makna27.12.2018
Salam sejahtera, saya menghadapi kemusykilan dalam penggunaan kata sendi nama "akan". Menurut Tatabahasa Dewan edisi keempat, kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Adakah ini bermakna sekiranya kata/frasa nama itu bukan merujuk manusia, maka kata sendi nama “akan” tidak boleh digunakan? Contohnya dalam ayat, "Mulai hari ini, Nurul tidak perlu runsing akan wang lagi." Adakah penggunaan kata sendi nama "akan" dalam ayat ini betul? Saya tidak pasti sama ada "akan" boleh digunakan dalam ayat ini atau tidak kerana kata nama yang mengikuti kata sendi nama "akan" dalam ayat ini, yakni "wang" merujuk kepada benda dan bukannya manusia. Sekiranya "akan" digunakan dalam ayat ini, maka penggunaan "akan" telah melanggar hukum tatabahasa yang menyatakan bahawa "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia. Dalam konteks sedemikian, perkataan "akan" boleh diterima atau perlu diganti dengan perkataan yang lain?Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.

Penggunaan kata sendi nama "akan" seperti yang dijelaskan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 282 - 283. Yang dimaksudkan dengan keterangan yang merujuk manusia ialah subjek yang terletak di hadapannya, bukan unsur yang mengikuti kata sendi nama selepasnya.  Oleh itu, dalam ayat contoh yang diberikan, iatu "Mulai hari ini, Nurul tidak perlu rungsing akan wangnya lagi" (ayat yang sepatutnya), yang dikatakan merujuk manusia ialah Nurul, bukan wang. Sila lihat contoh ayat yang bernombor 340 dan 342 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dalam ayat 340, yang dirujuk sebagai manusia ialah rakyat, bukan negara. Begitu juga dengan ayat bernombor 342, manusia dalam ayat tersebut ialah kami, bukan kelakuan. Semoga dengan penjelasan ini, dapat menghuraikan kekeliruan saudara dari aspek penggunaan kata sendi nama "akan".   

Tatabahasa10.06.2010
12

Kembali ke atas