Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ro.da] | برودا

Definisi : memakai roda, ada rodanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beroda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah yang digunakan bagi basikal yang beroda empat? Dalam bahasa inggeris, kenderaan ini dinamakan 'quadricycle'. Adakah basikal beroda empat boleh digunakan bagi terjemahan quadricycle? Terima kasih. AznaniTidak ada istilah yang khusus untuk basikal yang beroda empat. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "tricycle" bermaksud basikal roda tiga, oleh itu "quadricycle" boleh dimaksudkan sebagai basikal roda empat.Istilah14.03.2018
Mohon cadangan bagi nama Pertandingan Perarakan Beroda Tanpa Enjin (Parade Of Wheels) yang menarikDBP mencadangkan pihak puan memberikan nama pertandingan dalam bahasa Melayu sepenuhnya mengikut konsep yang ingin ditonjolkan. Sebaik-baiknya nama pertandingan tersebut turut menggambarkan citra Malaysia. Lain-lain05.09.2018
sekiranya pihak tuan merujuk gambar ini, istilah apakah paling sesuai digunakan dalam bahasa malaysia bukan sahaja melibatkan aspek teknikal tetapi juga aspek perundangan. saya ada merujuk istilah tong sebagai paling mudah difahami seperti dinyatakan di dalam kamus pelajar tetapi bahasa english jelas memberi istilah tong sebagai 'barrel' (seperti tong minyak mentah). Perkataan digunakan dalam bahasa english merujuk gambar tersebut ialah mobile garbage bin dimana saya tidak pasti sama ada perkataan bekas penyimpanan beroda atau tong sampah beroda yang sesuai digunakan dalam dokumen garis panduan & peraturan di Kementerian ini. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk mobile garbage bin dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk bin ialah tong. Oleh itu, istilah yang dicadangkan oleh pihak tuan, iaitu tong sampah beroda boleh digunakan dan adalah sesuai dalam konteks ini.Istilah05.10.2012
bagaimana pula dengan perkataan melor dengan melur dan tanjong dengan tanjung?1. Istilah yang tepat ialah 'melur' - sejenis tumbuhan. Manakala, 'melor' - bahasa Indonesia, sejenis kereta beroda dua. 2. Ejaan yang betul ialah tanjung.Istilah16.11.2012
Penggunaan manakah yang betul dan terkini? Penunggang beca Penarik beca Pengayuh becaAyat yang betul ialah "penarik beca" atau "pengayuh beca". Walau bagaimanapun, "penarik beca" lebih sesuai untuk beca beroda dua yang ditarik oleh seseorang untuk mengangkat orang atau barang.Makna13.06.2022
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apakah terjemahan untuk kenderaan dikenali sebagai 1. Wheel loader 2. 360 degree Excavator 3. Backhoe loader Dan bahagian kenderaan -> High-tonnage bodyKami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1) Wheel loader: Jentera angkut beroda

2) 360 degree excavator: Pengorek 360 darjah

3) Backhoe loader: Jentera angkut pengorek-kaut

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Namun, untuk high-tonnage body, mohon pihak tuan memberikan penerangan tambahan untuk memudahkan kami mencari padanan yang tepat. 
Istilah25.07.2022
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Overchair table 2. Blood Drawing Chair 3. Stand Assist Chair 4. Gurney 5. Pharmaceutical Tableting Machine. Sekian, terima kasih.Istilah yang diberikan masih tidak ada dalam pangkalan data kami. Cadangan istilah daripada pihak kami merujuk kepada konsep ialah:

1. Overchair table - Meja Boleh Laras
2. Blood Drawing Chair - Kerusi Derma Darah
3. Stand Assist Chair - Kerusi Bantuan Berdiri
4. Gurney - Pengusung Beroda
5. Pharmaceutical Tableting Machine - Mesin Pemprosesan Tablet Farmaseutikal
Istilah03.05.2016
Harap pihak tuan dapat mengesahkan sama ada ayat di bawah ini tepat atau tidak. 1.Abu dan Ali membawa Ahmad di/ke taman. 2.Ani bangun awal/awal-awal pagi. 3.Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh. 4.Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah,tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan/di gerai tepi jalan. 8.Beca merupakan kenderaan bermotor tiga. 9.Di manakah pasar raya itu terletak?/Di manakah terletak pasar raya itu?

 Ayat yang betul ialah seperti yabg berikut: 1. Abu dan Ali membawa Ahmad ke taman. 2. Ani bangun awal pagi. 3. Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh (kedua-duanya betul). 4. Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah, tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan. 8. Beca merupakan kenderaan beroda tiga. 9. Pasar raya itu terletak di mana?

Tatabahasa07.04.2010

Kembali ke atas