Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ro.léh]/[ber.o.léh] | براوليه

Definisi : 1. mendapat, menerima: ~ anak lelaki; ~ kebajikan; ~ kesenangan; 2. sl boleh, dapat: ~ selamat sempurnalah anak­anda drpd sekalian bencana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ro.léh]/[ber.o.léh] | براوليه

Definisi : mendapat atau menerima sesuatu: Beliau telah ~ anak lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Puisi
 

Orang meranik pulang ke rumah,
     Pulang rumah jauhlah ke darat;
Budak ini memang beroleh,
     Sikit bercinta melayang surat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Beroleh lumpur di tempat yang kering.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan yang tidak tersangka-sangka.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adjustment bondbon pelarasanPentadbiran PerniagaanTiadaTerbitan bon yang diterbitkan selepas diberi mandat oleh pemegang bon syarikat yang menghadapi kebankrapan untuk menggantikan bon yang sedia ada. Bon ini hanya membayar faedah apabila syarikat beroleh keuntungan.
break-even pointtitik pulang modalPengurusanPerancanganSatu tahap kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil jualan sama dengan jumlah kos operasi. Pada tahap ini, sesuatu perniagaan tidak memperoleh keuntungan atau mengalami sebarang kerugian. Titik pulang modal biasanya digambarkan melalui graf yang menunjukkan kedudukan hubungan antara tahap pengeluaran (paksi X) dengan jumlah kos operasi (paksi Y). Pada kedudukan di bawah titik tersebut bermakna operasi syarikat mengalami kerugian dan sebaliknya pada kedudukan melepasi titik itu pula, bermakna operasi mula beroleh keuntungan.

Kembali ke atas