Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berombak,

Puisi
 

Apa diharap padi rendang,
     Daun berombak ditiup bayu;
Apa diharap budinya orang,
     Tidak sama budinya ibu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Laut mana yang tak berombak,
     bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Bermaksud :

Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTirai berombak-ombak, Bantal bertekat di tepi dinding; Biar undur hendak berkuak, Pengantin nak masuk bersanding.
Kurik Kundi Merah SagaApa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu.
Kurik Kundi Merah SagaPaku pemahat paku perigi, Paku jangan berombak lagi; Aku jahat aku pergi, Aku jangan disebut lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan tepi berkelim, Jahit baju benang berombak; Sirih pinang dapat dikirim, Rindu dendam siapa nak bawak?
Kurik Kundi Merah SagaSayang perigi tengah laut, Cedok mari kulit lokan; Tuan pergi berombak laut, Saya di rumah mengira bulan.
Kurik Kundi Merah SagaSeorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Sultan bersarung kuda, Buku siap bermain kilarnak; Anjung yang tetap menjadi legar, Dipandang laut berombak tidak.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjahit benang sutera, Putus benang habis tercampak; Biar ribut angin utara, Asal lautan jangan berombak.
Kurik Kundi Merah SagaLimau purut batang berduri, Mari dilurut hujung tambak; Kalau tuan menjauh diri, Biar saya mati berombak.

Kembali ke atas