Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rom.ba/.rom.ba/]/[ber.om.ba/.om.ba/] | براومبق-اومبق

Definisi : 1. mempu­nyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan reka­annya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rom.ba/.rom.ba/]/[ber.om.ba/.om.ba/] | براومبق-اومبق

Definisi : 1 bergulung-gulung (bkn air laut dsb). 2 kelihatan spt ombak (bkn rambut dll); berketak-ketak: Rambut gadis itu panjang dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ombak (kata nama)
Bersinonim dengan gelombang, olak, alun, riak;,
Kata Terbitan : berombak, berombak-ombak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crimp yarnyan keritingSosiologiTiadaYarn yang kelihatan berombak-ombak kerana yarn yang saling membengkok antara satu sama lain semasa pembuatan kain.
witch hazelwitch hazelPentadbiran PerniagaanTiadaSebarang genus Hamamelis yang merupakan pokok renek di Asia dan Amerika Utara, daripada famili witch hazel, berbunga kuning, kelopak bunganya berombak-ombak serta berbuah keras
corrugated cardboardkadbod berombakPentadbiran PerniagaanTiadaBahan daripada kertas tebal dan keras yang lapisan dalamnya tidak rata iaitu seakan-akan berombak-ombak.
ground swellalunan ombak besarSains MarinTiadaFenomena atau keadaan air laut yang berombak besar, beralun dan bergelombang tinggi di laut disebabkan angin kencang atau berpunca daripada gangguan seismik. Ombak berlaku apabila angin bertiup dalam jangka masa lama di permukaan air. Lima faktor yang mempengaruhi penghasilan alunan ini ialah kelajuan, tempoh, ketinggian, panjang dan masa gelombang.
mafaldespageti ombakPentadbiran PerniagaanTiadaSpageti pipih yang berombak bentuknya.
corrugated boardbod ombakKesenianTiadaBod daripada lapisan kertas yang berombak pada lapisan tengahnya.
wavelike patternpola berombakLandskapTiadaCorak berkelok-kelok menyerupai bentuk ombak yang terdapat dalam suatu reka bentuk yang menggunakan warna, bentuk, tekstur tambahan dan bahan lain.
ripple-edged noodlesspageti ombakPentadbiran PerniagaanTiadaSpageti pipih yang berombak bentuknya.
wavemarkkesan-gelombangGeologiTiada1. Garis berlengkok atau berombak yang halus atau permatang yang sangat halus yang terdiri daripada pasir halus, rumpai laut, dan puing lainnya di pantai, dan menandai kemaraan serbuan ombak ke pantai yang terjauh. 2. Kesan riak yang dihasilkan oleh tindakan gelombang sepanjang kala pemendapan.

Kembali ke atas