Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ro.pe.ra.si]/[ber.o.pe.ra.si] | براوڤراسي

Definisi : 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak, berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru; 3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak 15 buah syarikat telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
operasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gerakan, tindakan, kegiatan, aktiviti, langkah, usaha, kempen;,
Kata Terbitan : beroperasi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. Pilih perkataan seerti bagi beroperasi. A. berjalan B. bertugas C. bergegas D. berlabuh Bagi soalan ini, antara A dan B, yang manakah jawapan yang paling tepat?Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman itu beroperasi di dalam laut. perkataan seerti yang paling hampir ialah A. berjalan  (bergerak dari satu tempat ke satu tempat).Tatabahasa01.09.2010
Kenapa Pasar Malam yg biasanya mula beroperasi seawal jam 5ptg tetap kita panggil ia Pasar Malam? Sebaiknya dilabelkan sebagai Pasar Petang terlebih dahulu sehingga jam 6:59ptg. Jam 7 mlm ke atas baru boleh panggil Pasar Malam.. Amacam?

Salam sejahtera puan,
 
Benar seperti yang puan maklumkan. Kebanyakan gerai-gerai di pasar malam mula beroperasi pada petang hari. Merujuk kembali Kamus Dewan pasar malam bermaksud pasar yang diadakan pada waktu malam.

    Pada petang hari para peniaga kebanyakannya memasang kelengkapan gerai jualan kerana pada waktu tersebut cuaca masih cerah memudahkan para peniaga untuk membuat persiapan. Waktu operasi yang sebenarnya adalah pada waktu malam dan sebab itulah pasar yang beroperasi pada waktu malam dipanggil sebagai pasar malam.

Makna01.11.2012
Apakah penjodoh bilangan bagi perkataan 'sektor'? Adakah 'buah' digunakan sebagai penjodoh bilangan baginya? Contoh ayat: Beberapa buah sektor di Malaysia telah dibenarkan beroperasi ketika fasa satu pelan pemulihan negara ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19.Tidak perlu memasukkan penjodoh bilangan bagi perkataan 'sektor'.  Ayat yang betul ialah: Beberapa sektor di Malaysia telah dibenarkan beroperasi ketika fasa satu pelan pemulihan negara ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19.Tatabahasa06.08.2021
Tuan, Kami yang beroperasi sebagai pajak gadai yang berlesen di Negeri Pulau Pinang,di harap pihak dewan bahasa dan pustaka boleh menyemak contoh papan tanda yang dilampirkan sebelum kami menhantar ke Kementerian perumahan dan kerajaan tempatan untuk kelulusan. Sekianlah terima kasih. Yang Benar, Chan Yiaw Khiang (tel 0193183155) b/p YMC Capital Sdn BhdUntuk mendapatkan pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam iklan, sila layari laman web https://dbpsahbahasa.my/

Daftar Akaun > Aktifkan akaun > Log masuk (gunakan Id dan Kata laluan yang telah didaftrakan)

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Tuan akan menerima makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya.

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dan iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja.


Lain-lain30.12.2020
Saya ingin kepastian berkaitan tatabahasa beberapa ayat serta pertanyaan terjemahan yang akan saya kemukakan di bawah. 1. "Pada tahun 1942, pentadbiran British di Singapura telah menyerah kalah secara rasmi kepada / terhadap Jepun. Kata 'kepada' atau 'terhadap' yang lebih sesuai? 2. "Kedai itu beroperasi di bawah SOP yang ditetapkan" atau "Kedai itu beroperasi bawah SOP yang ditetapkan" Adakah SOP itu konkrit atau abstrak sebab saya keliru dengan penggunaan di kerana di digunakan menyatakan objek konkrit. SOP dikatakan konkrit? 3. Apakah terjemahan sesuai untuk "multiplayer mode" dan "single player mode". Ia merupakan istilah digunakan dalam permainan video.

1. Jawapan yang betul ialah Pada tahun 1942, pentadbiran British di Singapura telah menyerah kalah secara rasmi kepada Jepun

2.   Ya, SOP ialah konkrit. Oleh itu,  ayat yang betul ialah Kedai itu beroperasi di bawah SOP yang ditetapkan.

3. 
 Sehingga kini masih belum ada lagi istilah tersebut dalam data kami. Oleh yang sedemikian, sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaaan tuan/puan, kami mencadangkan multiplayer mode ialah mod berbilang  pemain, manakala single player mode ialah mod pemain tunggal.

Lain-lain16.10.2020
Syarikat kami baharu sahaja mula beroperasi. Kami ingin memohon kelulusan DBP mengenai iklan papan tanda . Oleh itu, sila jelaskan komen DBP seperti yang dinyatakan :- - Status Permohonan : TIDAK LULUS - Pindaan/Komen : Masukkan keterangan iklan "AKADEMI MEMANDU" di bahagian paling atas, sebelah kiri atau tengah-tengah. Minta DBP ulaskan, adakah perkataan "AKADEMI MEMANDU" perlu ditulis di bahagian atas sign board? BAHAGIAN KIRI -SEBELAH TULISAN NAMA SYARIKAT? BAHAGIAN TENGAH ?AKADEMI MEMANDU, hendaklah ditulis di bahagian atas sekali sebelah kiri atau tengah-tengah papan iklan, di baris seterusnya baharulah nama syarikat.Tatabahasa27.04.2015
Salam, tuan/puan. Apakah terjemahan BM untuk affiliate? Affiliate bermaksud syarikat yang beroperasi di luar Malaysia, yang dikawal oleh syarikat induk muktamad di Malaysia. Affiliate ini boleh terdiri daripada sebuah cawangan, subsidiari atau syarikat usaha sama. Terima kasih.

Cadangan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan affiliate ialah gabungan. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan tersebut bergantung pada bentuk dan konteks ayat yang sesuai.

Penyemakan dan penterjemahan06.07.2023
Ayat “no body corporate shall be deemed to be so established if and so long as it is operating wholly outside Malaysia” diterjemahkan sebagai “Tiada pertubuhan perbadanan boleh disifatkan ditubuhkan sedemikian itu,jika dan selagi ia beroperasi keseluruhannya di luar Malaysia. Sama ada terjemahan tersebut tepat dari segi tatabahasa?Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami mencadangkan ayat seperti yang berikut:

"Tiada pertubuhan perbadanan boleh disifatkan sebagai ditubuhkan sedemikian, jika sepanjang penubuhannya pertubuhan perbadanan itu beroperasi sepenuhnya di luar Malaysia"
Penyemakan dan penterjemahan16.07.2021
Tuan, Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia & Sosial, Jabatan Perangkaan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan survei iaitu "Penyiasatan Sektor Informal". Ia mengkaji pertubuhan yang beroperasi tetapi tidak berdaftar dengan agensi pendaftaran/penguatkuasaan seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan dsbnya dan mempunyai pekerja 1 hingga 9 orang sahaja. Adakah perkataan "Informal" tersebut perlu diterjemah kan atau digunakan terus kerana ia lebih jelas. Mohon pandangan tuan dalam perkara ini. Sekian terima kasihDalam pelbagai bidang ilmu seperti Antropologi, Sosiologi dan Sains Politik istilah informal diterjemahkan kepada Tak Formal. Oleh itu, frasa "Penyiasatan Sektor Informal" hendaklah diterjemahkan kepada "Penyiasatan Sektor Tak Formal".Istilah08.07.2011
CONVENIENCE WITH REASONABLE PRICES! Kemudahan Dengan Harga Yang Berpatutan! [Saya ingin mencipta sebuah slogan untuk satu rangkaian kedai runcit (Convenience Store) yang beroperasi 24 jam dan 365 hari setahun. Saya ingin tahu samada slogan yang tertera di atas adalah tepat dan sesuai. Terima Kasih - KK Supermart]Cadangan slogan yang sesuai ialah: PEMBELIAN YANG MUDAH DENGAN HARGA BERPATUTAN! (CONVENIENCE WITH REASONABLE PRICES!)Penyemakan dan penterjemahan29.06.2020
123

Kembali ke atas