Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ro.pe.ra.si]/[ber.o.pe.ra.si] | براوڤراسي

Definisi : 1. melakukan gerakan (tentera dll); 2. bergerak, berjalan: menerangkan cara sistem itu ~ dlm situasi-situasi baru; 3. menjalankan kegiatan (perniagaan dsb): sehingga kini sebanyak 15 buah syarikat telah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
operasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan gerakan, tindakan, kegiatan, aktiviti, langkah, usaha, kempen;,
Kata Terbitan : beroperasi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
idle solenoidsolenoid pelahuKejuruteraan AutomotifEnjinPelocok yang beroperasi secara elektrik atau berelektromag- net, yang digunakan untuk melaraskan injap pendikit yang ditentukan semasa operasi melahu. Alat ini beroperasi dengan cara melaras bukaan injap pendikit yang sesuai untuk kelajuan melahu tertentu dan menutup bukaan tersebut apabila enjin dimatikan.
subsonic aircraftpesawat udara subsonikAeroangkasaTiadaPesawat udara yang direka bentuk untuk beroperasi pada kelajuan yang kurang daripada laju bunyi.,Pesawat udara yang direka bentuk untuk beroperasi pada kelajuan yang kurang daripada laju bunyi.
multinational corporationperbadanan multinasionalPengurusanPerancanganJenis organisasi yang beroperasi di lebih daripada satu negara yang dimiliki oleh syarikat induk dari dalam atau luar negara. Perbadanan multinasional ialah organisasi besar yang beroperasi di pelbagai negara dan perjalanan pengurusannya dikawal selia oleh syarikat induk. Contoh perbadanan multinasional ialah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), iaitu syarikat minyak dan gas kepunyaan Malaysia sepenuhnya, yang memiliki kepentingan perniagaan di lebih daripada 50 negara asing di seluruh pelosok dunia. Lihat juga strategi antarabangsa.
readysedia; siapKejuruteraanTiadaStatus atau keadaan bersedia untuk berjalan atau beroperasi, misalnya perisian atau peranti perkakasan yang berada dalam keadaan itu memerlukan isyarat mula sahaja untuk mula beroperasi.
rated voltagevoltan terkadarKejuruteraanTiada1. Voltan yang padanya peranti atau komponen direka bentuk untuk beroperasi di bawah keadaan biasa.,2. Voltan maksimum yang padanya komponen elektrik dapat beroperasi untuk jangka masa yang lama tanpa penurunan atau bahaya keselamatan.
Carnot theoremteorem CarnotFizikHaba1. Teorem yang menyatakan bahawa semua enjin Carnot yang beroperasi antara dua suhu tertentu mempunyai kecekapan yang sama, dan tidak ada enjin haba berkitar lain yang beroperasi antara dua suhu tersebut mempunyai kecekapan lebih daripada enjin Carnot. 2. Teorem yang menyatakan bahawa sebarang sistem mempunyai dua parameter, iaitu suhu termodinamik, dan entropi, Jumlah tukar ganti haba, dalam proses boleh berbalik tak terhingga diberikan sebagai
MEO(middle earth orbiting satellites)MEO (satelit orbit bumi pertengahan)Teknologi MaklumatTiadaSekumpulan satelit yang dikenali sebagai "gugusan" bergerak dalam beberapa orbit tertentu mengelilingi bumi. MEO beroperasi hampir sama seperti LEO tetapi biasanya ia beroperasi pada ketinggian sekitar 10,000 km. Perkhidmatan global yang berterusan boleh dicapai dengan menggunakan 6 hingga 12 satelit. Banding GEO, LEO
foot valveinjap kakiKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat yang membenarkan aliran satu hala sahaja. Alat ini dipasang pada permulaan paip atau talian sedutan pam yang beroperasi dengan tekanan sedutan negatif. Aliran balik boleh dielakkan dan talian sedutan tidak akan kosong apabila pam tidak beroperasi. Alat ini biasanya dilengkapi saring sedutan untuk memerangkap kotoran dan digunakan pada pam air dan pam minyak.
operationalberoperasi; kendalian;operasiMatematikTiadaTiada
operationalberoperasiKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas