Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.o.rién.ta.si] | براوريئينتاسي

Definisi : melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berorientasi


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berorientasimelihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
bahasa berorientasi objek(object-oriented language)Bahasa pengaturcaraan yang menggunakan kaedah pengaturcaraan berorientasi objek. Misalnya, Smalltalk dan C++.Kamus Komputer
pengaturcaraan berorientasi objek(object-oriented programming)Kaedah pengaturcaraan komputer yang berdasarkan pengolahan objek. Dalam kaedah ini konsep `data` dan `tatacara` dalam kaedah pengaturcaraan biasa digantikan dengan konsep `objek` dan `mesej`. Objek merupakan bungkusan maklumat dan keterangan bagaimana mengolahnya manakala mesej ialah penentuan bagi perolahan salah satu objek.Kamus Komputer
oopSingkatan bagi object-oriented programming. Lihat pengaturcaraan berorientasi objek.Kamus Komputer
ECOMSingkatan bagi electronic computer oriented mail, iaitu mel berorientasi komputer elektronik.Kamus Komputer
COBOLSingkatan bagi common business oriented language, iaitu bahasa berorientasi perniagaan sepunya. COBOL ialah bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dibentuk pada tahun 1959 bagi kegunaan pemprosesan data, khususnya dalam bidang perniagaan dan perdagangan.Kamus Komputer
FOILSingkatan bagi file-oriented interpretive language, iaitu bahasa pentafsiran berorientasi fail.Kamus Komputer
objek(object)1. Struktur data dalam ingatan yang boleh diolah oleh sistem komputer. 2. Bungkusan maklumat dan keterangan tentang bagaimana mengolah maklumat dalam pengaturcaraan berorientasi objek. 3. Istilah singkat bagi kod objek. 4. Istilah singkat bagi atur cara objek. 5. Benda yang dikaji oleh sistem pengecaman penglihatan.Kamus Komputer
orientasi(oriéntasi) 1. arah aliran yg diikuti atau yg menjadi spt landasan bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dll): sikap atau ~ intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yg berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; 2. kegiatan (peninjauan dsb) yg menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu ke­adaan baru (matlamat tertentu dll): pd hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kpd pelajar-pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi harapan yg kita letakkan pd mereka; berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); berorientasikan mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~ pepe­riksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi ekonomi yg ~ per­tumbuhan; mengorientasikan menyesuaikan (menye­laraskan dsb) kpd sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; kese­luruhan sistem pendidikan mestilah diorien­tasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas