Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.kaian] | برڤاکاين

Definisi : 1. ada pakaiannya, memakai pa­kaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.kaian] | برڤاکاين

Definisi : 1 memakai pakaian: Mereka semuanya ~ serba putih. 2 mengenakan pakaian ke badan: Tunggu sebentar, Ani masih sedang ~ di biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Peribahasa

Bagai gagak menggonggong telur.

Bermaksud :

Perempuan hodoh berpakaian bagus.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENNONITE

Mennonite tergolong dalam kumpulan Kristian

Protestan yang dikenal kerana pendekatannya yang

sederhana dalam berpakaian, cara hidup, dan

beribadat. Mennonite mendasarkan kepercayaan

mereka kepada Bible, terutamanya Kitab Perjanjian

Baru. Akidah mereka berdasarkan Sermon on the

Mount (Matt. 5–7). Bagi Mennonite, berperang,

bersumpah, atau memegang jawatan dengan

menggunakan kekerasan adalah ditegah.

UMUM 
SCALAWAG

Scalawag ialah orang kulit putih dari Amerika

Selatan yang bekerjasama dengan orang kulit

hitam dan orang utara Republikan untuk mengawal

politik di Selatan selepas Perang Saudara Amerika.

Orang Demokrat di Selatan menyifatkan golongan

ini sebagai “haiwan berpakaian manusia” dan

memanggil mereka scalawag , iaitu nama yang

biasa digunakan pada lembu yang tidak berguna.

Kebanyakan Scalawag terdiri daripada peniaga,

dan peladang yang menentang perpisahan

(pengunduran) daripada kesatuan sebelum

peperangan. Orang Scalawag yang lain,

kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin

dari kawasan bukit bukau di Selatan. Terdapat

orang scalawag yang mendapat keuntungan

peribadi tetapi ada yang yakin bahawa pihak

Selatan perlu meninggalkan nilai bangsa dan

masyarakatnya sebelum perang untuk terus hidup.

Orang Scalawag membantu membangunkan

semula pelajaran dan masyarakat serta meluluskan

undang-undang yang membolehkan golongan kulit

hitam mengundi. Pada tahun 1870-an, mereka

menghilangkan diri apabila Demokrat berkuasa

semula di Selatan.

UMUM 
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam.  Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).  LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah.  PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti.  Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam.  Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil.  Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
MACDONALD, FLORA

MacDonald, Flora (1722–1790), menjadi

serikandi Scotland kerana membantu Putera

Charles Edward Stuart melarikan diri ke Pulau Skye

selepas kekalahannya di Culloden, Scotland pada

tahun 1746. Mengikut sejarah, dia telah memujuk

putera tersebut supaya menyamar diri dengan

berpakaian perempuan. Apabila terserempak,

MacDonald menyatakan bahawa putera itu ialah

pembantunya. Kerana peranannya dalam

penyamaran itu, dia dipenjarakan di Tower of

London. Dia dibebaskan pada tahun 1747.

MacDonald menjadi terkenal dan banyak

memperoleh wang daripada para peminatnya.

UMUM 
SUKAN TANAH TINGGI

Sukan tanah tinggi ialah pertandingan olah

raga, pertandingan meniup seruling dan tarian

diadakan setiap tahun di Scotland pada musim

bunga. Sukan ini juga dikenali sebagai Perjumpaan

Tanah Tinggi. Peserta-peserta datang dari semua

daerah di Scotland, berpakaian seperti orang Tartan

(lihat Tartan).

UMUM 
PERBARISAN

Perbarisan ialah kawat awam atau perarakan

bagi menghormati sesuatu perayaan tertentu.

Suasana perbarisan berbeza, sama ada untuk

bersuka-suka atau memberi penghormatan.

Anggota angkatan tentera sering berkawat pada

hari cuti bagi menunjukkan kekuatan, suasana,

peralatan, dan kemahiran. Kebanyakan

perbarisan adalah peristiwa berwarna-warni

dengan pentas bergerak, kumpulan muzik,

berpakaian cerah dan haiwan yang terlatih.

UMUM 
ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, upacara menabalkan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baharu untuk menggantikan Yang Dipertuan yang mangkat. Adat pertabalan tersebut diadakan di balai penghadapan. Alat kebesaran dipasang di kawasan istana dinamakan ‘mendirikan adat’. Alat tersebut ialah 16 kaki payung kuning, lapan bilah keris, lapan bilah pedang, lapan bilah tombak, dan 16 helai bendera Negeri Sembilan. Semuanya dibawa oleh juak-juak istana yang berpakaian kuning, hitam dan merah.

            

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas