Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.kat] | برڤاکت

Definisi : bermuafakat, berunding: ada yg ~ akan pergi mandi-manda di pulau itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.kat] | برڤاکت

Definisi : berunding utk mendapat sesuatu keputusan; bermuafakat: Mereka ~ hendak pergi berkelah ke pulau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakat
Kata Terbitan : sepakat, bersepakat, menyepakati, kesepakatan, persepakatan, berpakat, pakatan,

Puisi
 

Kain pelikat kepala dua,
     Jahit dengan benang masturi;
Sudah berpakat kita berdua,
     Cakap orang jangan peduli.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Umumnya,kebanyakkan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir.Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini.Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain.Perbuatan ini bertujuan menakutkan pelajar yang lebih lemah supaya mereka tidak dibuli lagi.Selain itu,terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat pelajar gangster untuk membuli pembuli tersebut.Lama-kelamaan,mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain.Kebanyakan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir. Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini. Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain. Selain itu, terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat dengan rakan lain untuk membuli pembuli tersebut. Lama-kelamaan, mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
Ika SaniView Profile Actions THU 8:32PM Ika Sani Ika Saya ingin meminta penjelasan tentang perkataan mengongsi dan berkongsi. Apakah penggunaan yang betul? Saya pernah membaca ayat-ayat di bawah ini: 1) Sila hantarkan e-mel untuk mengongsi dua cara kita boleh menurunkan berat badan. Atau 2) Sila hantarkan e-mel untuk berkongsi dua cara kita boleh menurunkan berat badan. Mana satukah yang betul? Semoga dapat berikan penjelasan. Terima kasih.Berkongsi antara maksudnya ialah berpakat atau bersama-sama menggunakan sesuatu. Mengongsi bermaksud menggunakan bersama-sama. Berdasarkan makna tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks yang tersebut, namun lazimnya perkataan berkongsi yang digunakan.Tatabahasa21.04.2016
Tuan, bagaimanakah perkataan "berkongsi" dan "mengongsi" digunakan dalam ayat? Apakah perbezaan antara "berkongsi" dengan "mengongsi"? Adakah "mengongsi" sama maksud dengan "berkongsi"?Makna11.12.2014

Kembali ke atas