Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.kat] | برڤاکت

Definisi : bermuafakat, berunding: ada yg ~ akan pergi mandi-manda di pulau itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.kat] | برڤاکت

Definisi : berunding utk mendapat sesuatu keputusan; bermuafakat: Mereka ~ hendak pergi berkelah ke pulau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakat
Kata Terbitan : sepakat, bersepakat, menyepakati, kesepakatan, persepakatan, berpakat, pakatan,

Puisi
 

Kain pelikat kepala dua,
     Jahit dengan benang masturi;
Sudah berpakat kita berdua,
     Cakap orang jangan peduli.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
najashpakatanPerniagaan IslamTiadaUsaha sama untuk mempengaruhi harga jualan atau belian. Contoh pakatan dalam jualan lelongan adalah apabila para pembeli berpakat untuk tidak meletakkan harga belian yang tinggi. Contoh pakatan dalam belian adalah apabila para pembeli berpakat membeli dengan kuantiti yang banyak sehingga harga meningkat.
cooperative strategystrategi bekerjasamaPengurusanPerancanganSuatu strategi pengurusan yang dilakukan oleh dua atau lebih organisasi yang berpakat untuk mencapai matlamat yang sama. Tujuan utama strategi ini adalah untuk mencapai kecekapan operasi, menjimatkan kos perniagaan dan mengurangkan persaingan. Antara skop strategi bekerjasama yang boleh dilakukan adalah dengan berkongsi sumber dan berpakat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan secara bersama-sama. Contohnya, strategi bekerjasama yang dilakukan oleh beberapa syarikat telekomunikasi yang berkongsi kos untuk mendirikan menara pemancar.
slow downpelambatan kerjaPentadbiranTiadaBentuk mogok yang melibatkan pekerja berpakat mengurangkan kadar pengeluaran.
tender panelpanel tanderPentadbiranTiadaPanel bank penaja jaminan yang berpakat untuk menaja jamin sesuatu terbitan sekuriti.
underwriting syndicatesindiket penaja jaminPentadbiranTiadaSekumpulan bank pelaburan yang berpakat untuk menaja jamin sesuatu terbitan sekuriti.
bai‘ najashjual beli pakatPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang dijalankan secara berpakat dan terdapat pihak yang teraniaya. Contohnya, dalam urusan lelongan, pihak pembeli boleh bersekongkol untuk memastikan harga jualan lebih rendah daripada harga pasaran. Kesannya, pemilik barang asal akan mengalami kerugian. Sekiranya dibuktikan wujud pakatan, maka jual beli tersebut adalah tidak sah. Lihat juga bai‘ batil.
dominant firmfirma dominanEkonomiTiadaFirma yang dapat menakluki sebahagian besar pasaran dan mengekalkan kuasa pasaran dengan sendirinya tanpa bekerjasama atau berpakat dengan firma-firma lain sama ada secara nyata atau tidak.

Kembali ke atas