Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pan.da.ngan] | برڤندڠن

Definisi : mempunyai pandangan (ba­hawa), berpendapat: ia ~ bahawa nilai karya sastera harus dilihat drpd aspek etika dan agama; mereka juga ~ sama tentang perkara ini; ~ jauh mempunyai hematan dan keboleh­an menjangka (keperluan, masalah, perkem­bangan, dsb) yg akan datang atau timbul: kita memerlukan rancangan yg rapi dan jangka waktu yg agak panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yg berkaliber, matang, berani dan ~ jauh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pan.da.ngan] | برڤندڠن

Definisi : saling melihat, berlihat-lihatan, berhadapan muka: maka ~lah segala rakyat bala tentera; mereka semua berpandang-pandangan sejurus; ~ dgn berhadapan dgn; ~ mata bertemu mata; ~ muka berhadapan atau bertemu muka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pan.da.ngan] | برڤندڠن

Definisi : mempunyai anggapan atau pendapat (ttg sesuatu); berpendapat: Beliau ~ bahawa segala usaha akan ada hasilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain biru pengesat tangan,
     Orang berjamu di rumah kenduri;
Mata beradu lalu berpandangan,
     Kita bertemu baru sekali.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya berpandangan ayat ini kurang tepat : "Teknologi A adalah alat sokongan dan bantuan kepada pencapaian objektif dasar B". Mohon pandangan tuan. Terima kasih.Salam,

Ayat yang tepat: "Teknologi A ialah alat sokongan dan bantuan dalam pencapaian objektif dasar B".
Tatabahasa08.12.2015
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja Tuan,bolehkah memberikan bantuan dalam soalan ini?

Untuk makluman tuan/puan ayat "Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja"ini tidak boleh dicerakinkan kerana apabila dicerakinkan tidak membentuk ayat tunggal yang lengkap (subjek + predikat).

Cadangan: Siswazah itu berpandangan jauh dan tidak mengharapkan kerja makan gaji.

Ayat 1: Siswazah itu berpandangan jauh.

Ayat 2: Siswazah itu tidak mengharapkan kerja makan gaji.

Lain-lain11.01.2021
munsyi, adakah saling bermaafan, saling berpandangan, saling bertolongan...adalah gramatis? saya kekeliruan kerana be..an bermaksud saling, mengapakah saling bermaafan adalah betul dan saling bermaaf-maafan adalah salah? TKPerkataan yang betul ialah bermaaf-maafan, berpandangan dan bertolong-tolongan. Contohnya ayat: Ros mengesat air matanya setelah bermaaf-maafan dengan Jamilah.Tatabahasa13.04.2012
cerakinkan ayat di bawah menjadi dua ayat; 1. Siswazah yang berpandangan jauh tidak memerlukan gaji yang tinggi.

 

 Sdr. Sol-Sweety, ayat ini boleh dicerakin seperti ini,

1. Siswazah yang berpandangan jauh.

2.  Siswazah tidak memerlukan gaji yang tinggi.

sekian terima kasih

Lain-lain21.04.2008
Tuan, "berpengalaman dalam membuat lakaran wajah penjenayah" betul tak? Saya berpandangan frasa kerja ini harus dipinda kepada: "berpengalaman dalam pembuatan lakaran wajah penjenayah" ATAU "berpengalaman dalam pelakaran wajah penjenayah. Mengikut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "dalam" diikut oleh frasa nama yang abstrak, iaitu mempunyai lingkungan yang tidak ada jarak atau tidak ada ruang. Jadi, kata kerja "membuat" yang mengikut kata sendi nama "dalam" tidak sesuai digunakan dalam ayat ini kerana kata sendi nama "dalam" berada di hadapan frasa nama, bukan kata kerja. Oleh hal demikian, saya telah mengubah bentu kata kerja "membuat" kepada bentuk kata nama "pembuatan", atau bentuk kata nama "pelakaran" yang bermaksud hal melakar. Betulkah pembetulan saya? (Punca: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 20, terbitan Syarikat Pelangi)Kami berpandangan ayat "berpengalaman dalam pelakaran wajah penjenayah", betul. Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. Tatabahasa20.03.2015
Salam sejehtera ! Mohon pandangan tuan. Terima kasih.Kami berpandangan menyusun juga betul, iaitu meletak pelita tersebut satu per satu.Tatabahasa07.07.2015
Cikgu, frasa "tertumpu kepada pelajaran" atau "tertumpu pada pelajaran" patutlah betul? Saya berpandangan bahawa "tertumpu pada pelajaran" adalah betul kerana kata sendi nama "pada" digunakan untuk unsur abstrak. Apakah pendapat DBP?Tertumpu pada pelajaran.Tatabahasa24.05.2014
Berikut adalah ciri-ciri kompentensi usahawan KECUALI A Tidak berani menanggung risiko. B Berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi. C Membuat pembaharuan untuk keperluan pelanggan. D Aktiviti keuntungan dan sumbangan pada masyarakat dan negara. Tuan, adakah perkataan kecuali perlu dibesarkan semua hurufnya atau huruf kecil sahaja? dan Adakah jawapan di a,b,c, d perlu bermula dengan huruf kecil atau besar. Terima kasih.
  1. Penggunaan yang betul ialah ditulis dengan huruf kecil. 
  2. Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa09.11.2021
permohonan kelulusan bahasa iklan 1. "cakap sampai berbuih" 2. "Bebas bergayut"kami berpandangan, "Bebas bergayut" berserta visual yang tersebut sesuai dalam konteks makna yang hendak disampaikan.Tatabahasa14.08.2014
Penggunaan Perkataan "deras" adakah sesuai/betul untuk "pandangan yang deras"dan "deras berpidato"Kami berpandangan penggunaan perkataan deras untuk contoh yang diberikan tidak sesuai.Tatabahasa27.08.2014
12345678

Kembali ke atas