Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pan.da.ngan] | برڤندڠن

Definisi : mempunyai pandangan (ba­hawa), berpendapat: ia ~ bahawa nilai karya sastera harus dilihat drpd aspek etika dan agama; mereka juga ~ sama tentang perkara ini; ~ jauh mempunyai hematan dan keboleh­an menjangka (keperluan, masalah, perkem­bangan, dsb) yg akan datang atau timbul: kita memerlukan rancangan yg rapi dan jangka waktu yg agak panjang, di samping pemimpin-pemimpin negara yg berkaliber, matang, berani dan ~ jauh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pan.da.ngan] | برڤندڠن

Definisi : saling melihat, berlihat-lihatan, berhadapan muka: maka ~lah segala rakyat bala tentera; mereka semua berpandang-pandangan sejurus; ~ dgn berhadapan dgn; ~ mata bertemu mata; ~ muka berhadapan atau bertemu muka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pan.da.ngan] | برڤندڠن

Definisi : mempunyai anggapan atau pendapat (ttg sesuatu); berpendapat: Beliau ~ bahawa segala usaha akan ada hasilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain biru pengesat tangan,
     Orang berjamu di rumah kenduri;
Mata beradu lalu berpandangan,
     Kita bertemu baru sekali.


Lihat selanjutnya...(5)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Penulis perlu berpandangan jauhA. Rahim Abdullah, Salbiah AniBerita Harian15.11.1995
Negarawan yang berpandangan jauh (Tun Dr Ismail: Kejora Timur yang Mengerdip)Azman AnuarUtusan Malaysia25.12.2004
Bahasa: Mahathir disifatkan berpandangan jauhTiadaUtusan Malaysia31.12.1993
Ada nasionalis Melayu berpandangan sempitAkhbar:  Berita Harian27.06.2001
Hari Sastera yang ke enam, mata berpandangan, budi tertanamPak SakoUtusan Zaman27.04.1980

Kembali ke atas