Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pan.du] | برڤندو

Definisi : memakai penunjuk jalan; peluru ~ peluru yg boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya utk menuju ke arah sasarannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pan.du] | برڤندو

Definisi : menggunakan penunjuk jalan; ada pandunya: peluru ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, berpandu pada Kamus Dewan Edisi Keempat (maklumat Kamus Dewan Edisi Ke-4 saya peroleh daripada PRPM), selain bentuk "mengajar", ada bentuk "mengajari" juga. Mengapakah ada wujud keadaan demikian? Bukankah "mengajar" sudah memadaikan maksud "mengajar seseorang", atau maksud Kamus Dewan, iaitu "menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain"? Mengapakah wujudnya bentuk "mengajari" yang sama maksud dengan "mengajar" pula? Bolehkah bentuk "mengajari" digunakan dalam penulisan? Adakah Kamus Dewan menyenaraikan kata terbitan yang betul dengan menyenaraikan bentuk "mengajari"? Cikgu saya berkata tiada bentuk "mengajari" ini. Minta tuan berikan jelasan tentang kewujudan perkataan ini.

Perkataan mengajar dan mengajarkan termasuk dalam kategori apitan me-…-kan dan me-…-i yang sama.  Hal ini dikatakan demikian kerana perkataan mengajar sebenarnya berasal daripada perkataan mengajari. Namun bentuk yang baku ialah mengajar berbanding mengajari. Dengan berdasarkan petua tersebut kita boleh membina ayat seperti yang berikut:
(siapa)(me-…-kan) (apa)kepada (siapa)
(siapa)(me…-i)(siapa)(apa)

1.   Saya mengajarkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar tahun lima.
Saya mengajar pelajar tahun lima mata pelajaran Sejarah.

Tatabahasa04.12.2014
Salam sejahtera. Yang manakah adalah betul? 1) berguru kepada Ali atau berguru dengan Ali? 2) belajar kepada Ali atau belajar dengan Ali atau belajar daripada Ali? 3) berpandu pada peta atau berpandukan peta atau berpandu dengan peta? 4) semua orang murid atau semua murid? 5) setiap orang murid atau setiap murid? 6) sesetengah murid atau sesetengah orang murid? 7) beberapa kereta atau beberapa buah kereta? 8) persahabatan antara Ali dan Abu atau persahabatan antara Ali dengan Abu? Terima kasih.1. Berguru kepada Ali.
2. Belajar dengan Ali atau belajar daripada Ali - kedua-duanya betul dengan konteks makna yang berbeza.
3. Berpandukan peta. 
4. Semua murid.
5. Setiap murid.
6. Sesetengah murid. 
7. Beberapa buah kereta. 
8. Persahabatan antara Ali dengan Abu.
Tatabahasa07.10.2022
Latihan Penyuntingan Kumpulan Pengakap itu telah berjaya keluar daripada hutan belantara itu dengan berpandu kompas dan peta yang tersedia. Kesesatan mereka telah masuk hari ke 5. Jawapannya ialah kumpulan tukar kepada pasukan.Mengapakah kumpulan pengakap dalam ayat ini adalah salah?Kumpulan ialah himpunan, kelompok orang atau binatang  yang agak besar bilangannya, manakala pasukan ialah sesuatu kelompok yang dibentuk atau melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Latihan penyuntingan pasukan pengakap itu telah berjaya keluar daripada hutan belantara itu dengan berpandu kompas dan peta yang tersedia.Tatabahasa08.09.2021
1.Apakah beza antara 'segala' dan 'semua'? 2.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk 'peluru berpandu'?

 Saudara Shevir,

1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna semua ialah: sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, kesemuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~;

Makna segala ialah: semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki);

Berdasarkan keterangan yang diberikan, tiada perbezaan makna antara kedu-dua perkataan ini.

2. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi peluru berpandu ialah sebuah.

Makna29.08.2009
APAKAH MADSUD DAN KEPENTINGAN AEROANGKASAMenurut Kamus Dewan ke-4, Aeroangkasa ialah bidang yang berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru berpandu, kapal angkasa lepas dsb yg terbang atau beroperasi dlm ruang angkasa lepas. Dalam era globalisasi, bidang ini penting kerana ia seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi masa kini. Makna27.12.2007
Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah 'orienteering'?Untuk makluman, DBP belum  mempunyai padanan bahasa Melayu yang rasmi untuk "orienteering". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kembara berpandu arah.Istilah03.03.2016
Yang manakah tepat? 1. Menuju ke arah. 2. Menuju arah ke. Jawapan yang diberikan oleh pihak khidmat nasihat dbp berpendapat bahawa frasa menuju ke arah adalah tepat, tetapi frasa menuju arah ke dijumpai dalam kamus dewan edisi keempat dalam laman web PRPM. Minta penjelasan untuk mengelakkan kekeliruan. Sekian, terima kasih.Kedua-dua frasa menuju ke arah dan menuju arah ke boleh digunakan mengikut konteks ayat.

Contoh ayat;

1.  Peluru berpandu ialah peluru yang boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya untuk menuju ke arah sasarannya.

2. Para pelajar berjalan menuju arah ke dewan makan.
Tatabahasa26.09.2013
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1. Multi Post Presses 2. Off Center Loading Presses 3. Pad Forming Presses 4. Spotting Tryout Presses 5. Straight Side Gib Guided Presses 6. Tank Head Forming Presses Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Multi-post presses - Penekan multitiang
2. Off Center Loading Presses - Penekan muatan luar pusat
3. Pad forming presses - Penekan pembentukan pad
4. Spotting tryout presses - Penekan percubaan pembentukan acuan
5. Straight side gib guided presses - Penekan berpandu sandal sisi lurus
6. Tank head forming presses - Penekan pembentukan kepala tangki
Istilah11.04.2016
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Diespotting presses 2. Draw presses 3. Electroforming presses 4. Fixed Frame Straightening Presses 5. Flying Cut Off Presses 6. Four Post Guided Platen Presses Sekian, terima kasih.

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Diespotting Presses – Penekan Penumpuan Acuan
2. Draw Presses – Penekan Tarik
3. Electroforming Presses – Penekan Pengelektrobentukan
4. Fixed Frame Straightening Presses - Penekan Pelurusan Kerangka Tetap
5. Flying Cut Off Presses – Penekan Potongan Tepat
6. Four Post Guided Platen Presses – Penekan Platen Berpandu Empat Tiang

Istilah05.04.2016

Kembali ke atas