Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pang.ka.lan] | برڤڠکلن

Definisi : mempunyai pangkalan (di): penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pangkal (kata nama)
1. Dalam konteks bahagian permulaan
bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor,
Berantonim dengan hujung

2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,

Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYARIKAT MULTINASIONAL

Syarikat multinasional ialah pertubuhan

perniagaan yang berpangkalan di sesebuah negara

dan mempunyai cawangan, subsidiari dan loji di

negara-negara lain. Pertubuhan ini menjalankan

kegiatan kewangan, pengeluaran, pemasaran dan

penyelidikan, dan pembangunan dalam operasinya

di luar negara.

UMUM 
STAMP ACT

Stamp Act (Akta Setem). Parlimen British

meluluskan Stamp Act pada bulan Mac 1765. Tujuan

diadakan akta ini adalah untuk mendapatkan dana

bagi menyokong tentera British yang berpangkalan

di Amerika Utara. Akta itu menetapkan bahawa

orang Amerika mesti membeli setem untuk urusan

surat perjanjian, pinjaman perumahan, lesen

minuman keras, lesen undang-undang, bermain

terup, dan almanak. Bahkan pemilik akhbar dan

penerbit terpaksa membeli setem untuk penerbitan

mereka.

UMUM 
KONGRES BERLIN

Kongres Berlin ialah pertemuan para

pemimpin negara-negara penting Eropah pada

tahun 1878 untuk memutuskan apa yang harus

dibuat terhadap kawasan Balkan yang dikuasai

oleh Empayar Uthmaniyyah, yang berpangkalan

di Turki.

UMUM 
TAMPA

Tampa, Florida (pend. 280 015) ialah bandar

pelabuhan yang utama di Amerika Syarikat, pusat

perdagangan dan industri dan bandar yang ketiga

terbesar di Florida. Ia terletak di barat daya pantai

Teluk Tampa, iaitu serokan Teluk Mexico.

Pelabuhan Tampa mengendalikan lebih banyak

kargo daripada pelabuhan-pelabuhan lain di Florida,

iaitu kira-kira 45 juta tan metrik setahun. Eksport

tahunannya termasuk sembilan juta tan metrik bijih

fosfat dari lombong berdekatan. Kumpulan kapal

nelayan yang berpangkalan di Tampa menangkap

udang dan lain-lain hasil laut dalam jumlah yang

banyak.

UMUM 
PERSETIAAN GENEVA

Persetiaan Geneva ialah suatu siri daripada

empat perjanjian antarabangsa yang ditandatangani

pada 20 dan 21 Julai 1954. Perjanjian ini menamatkan

peperangan lebih daripada 7 tahun di bekas tanah

jajahan Perancis, di Indochina. Dalam peperangan

tersebut, kuasa tentera Kemboja, Perancis, Laos, dan

negara Vietnam telah memerangi pasukan tentera

Vietminh. Vietminh ialah gerakan nasionalis yang

dikuasai oleh komunis dan dipimpin oleh Ho Chi

Minh, pemerintah Republik Demokrasi Vietnam.

Kerajaan Vietnam berpusat di Selatan Vietnam.

Kerajaan Republik Demokrasi Vietnam berpangkalan

di Utara Vietnam.

UMUM 
SYARIP USMAN

SYARIP USMAN ( ? - ?), penentang penjajahan British di Sabah. Syarip usman ialah seorang pengembara berketurunan Arab. Beliau menjadi pemimpin kumpulan pengembara di Teluk marudu, Sabah. Walaupun berpangkalan di Teluk Marudu, tetapi beliau juga amat berpengaruh di Labuan, Balambangan dan Brunei. Beliau dan pengikutnya menjelajahi Asia Tenggara. Pedagang British, Belanda dan Sepanyol yang berdagang di perairan Borneo memanggil Syarip Usman dan pengikutnya sebagai lanun. Pengaruh dan kuasa Syarip Usman bertambah apabila beliau berkahwin dengan adik Sultan Muda, Sulu. Syarip Usman juga mendapat bantuan dan galakan daripada penduduk tempatan, antaranya Pangeran Usop, bapa saudara Sultan Brunei.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas