Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pan.tun] | برڤنتون

Definisi : mengucapkan (menyanyikan) pantun: tiadalah pernah ia bertitah serta ~ seloka malam ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pan.tun] | برڤنتون

Definisi : 1 mengucapkan atau menyanyikan pantun. 2 berbalas-balas pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpantun

Puisi
 

Pokok jelutung getah jelutung,
     Buat getah burung merpati;
Abang berpantun adik berpantun,
     Dalam pantun mengikat hati.


Lihat selanjutnya...(19)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Pertandingan Berpantun diadakan bersempena / sempena Minggu Bahasa Malaysia. 2. Ali sangat gembira / Ali berasa sangat gembira. 3. Bapa membawa kami sekeluarga/ keluarga saya / saya dan keluarga ke Zoo Negara 4Sekolah saya mengadakan hari sukan / Hari Sukan.1. Pertandingan Berpantun diadakan bersempena dengan Minggu Bahasa Malaysia. 2. Ali sangat gembira. Saya berasa gembira. 3. Ketiga-tiganya betul. 4. Sekolah saya mengadakan hari sukan.Tatabahasa22.03.2010
Adakah ayat initially betul? Seperti yang berpantun," mencangkul padi sepanjang Hari, ........'Ayat tersebut tidak betul kerana tidak lengkap.Lain-lain12.07.2019
Noorjahan Sultan Assalamualaikum Bagaimana boleh saya dapatkan buku jom berpantun.... Ada perkhidmatan online kePuan Noorjahan, sekiranya buku itu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, puan boleh menghubungi Pejabat Koperasi DBP melalui talian 0321479677 dan bercakap dengan Puan Normah ataupun Puan Rosmawati. Pastikan puan tahu judul penuh dan pengarang buku tersebut untuk memudahkan carian.Lain-lain28.04.2014
Mohamad Azlan Ibrahim Jul 31st, 10:45am Assalamualaikum/salam sejahtera. Saya adalah seorg yg aktif dlm berpantun, dan byk pantun2 yg tlh saya hasul dan nukilkan. Di sini saya ingin membuat pertanyaan, bagaimanakah caranya utk saya menjadikannya copyright control?. Adakah cara2 dan apakah proses2 yg perlu saya lakukan bg melindungi hak cipta saya. Diharapkan agar lihak tuan/puan dpt menerangkan kpd saya dgn lbh lanjut lg. Terima kasih.Berkaitan dengan hak cipta karya, tuan boleh menghubungi bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03- 2147 9521 atau 03-2147 9522.Lain-lain31.07.2014

Kembali ke atas