Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pa.yung] | برڤايوڠ

Definisi : memakai payung; yg ~ yg ditembak prb jikalau anak-kemana­kan atau anak semang yg bersalah, tentulah yg akan dituntut mamaknya atau induk semangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pa.yung] | برڤايوڠ

Definisi : memakai payung: Dia ~ kerana hari hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpayung

Puisi
 

Tetak tebu buatkan dayung,
     Hendak berdayung tanah besar;
Tuntut ilmu buatkan payung,
     Hendak berpayung di Padang Mahsyar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sedia payung (= berpayung) sebelum hujan.

Bermaksud :

Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berpayungmemakai payung: Dia ~ kerana hari hujan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berpayungmemakai payung; yg ~ yg ditembak prb jikalau anak-kemana­kan atau anak semang yg bersalah, tentulah yg akan dituntut mamaknya atau induk semangnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
bangbangJw, sl merah: berpayung ~ mas.Kamus Dewan Edisi Keempat
payung1 alat yg dpt dikembangkuncupkan, biasanya dibuat drpd kain atau kertas utk melindungi pemegangnya drpd hujan atau panas. 2 ki negeri (orang dll) yg melindungi; penaung; pelindung: Tanah Melayu pernah berlindung di bawah ~ Inggeris. Engkaulah ~ hidupku. ~ terjun kain bulat dll yg diberi bertali tepinya dan digunakan utk terjun turun dr kapal terbang dsb. ~ ubur-ubur payung yg berambu-rambu tepinya dan digunakan sbg tanda kebesaran raja. berpayung memakai payung: Dia ~ kerana hari hujan. berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: Mereka ~ surat khabar semasa ke sini tadi kerana hujan renyai-renyai. memayungi 1 melindungi seseorang drpd hujan atau panas dgn payung; menutup dgn payung. 2 menjadi sbg payung kpd; melindungi. memayungkan menggunakan (sesuatu) sbg payung: Dia ~ pelepah daun pisang utk melindungi diri drpd hujan. payung 1 alat yg dpt dikembangkuncupkan, biasanya dibuat drpd kain atau kertas utk melindungi pemegangnya drpd hujan atau panas. 2 ki negeri (orang dll) yg melindungi; penaung; pelindung: Tanah Melayu pernah berlindung di bawah ~ Inggeris. Engkaulah ~ hidupku. ~ terjun kain bulat dll yg diberi bertali tepinya dan digunakan utk terjun turun dr kapal terbang dsb. ~ ubur-ubur payung yg berambu-rambu tepinya dan digunakan sbg tanda kebesaran raja. berpayung memakai payung: Dia ~ kerana hari hujan. berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: Mereka ~ surat khabar semasa ke sini tadi kerana hujan renyai-renyai. memayungi 1 melindungi seseorang drpd hujan atau panas dgn payung; menutup dgn payung. 2 menjadi sbg payung kpd; melindungi. memayungkan menggunakan (sesuatu) sbg payung: Dia ~ pelepah daun pisang utk melindungi diri drpd hujan. payungan tempat yg dipayungi; lindungan: Kami berteduh di bawah ~ kanopi itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
payung I1. alat bertangkai yg biasanya dibuat drpd kain, kertas, dsb yg dipasang pd kerangka boleh lipat utk melindungi seseorang atau sesuatu drpd terkena hujan atau panas mata­hari dan juga digunakan sbg alat kebesaran raja dll; ~ kain; ~ kertas; ~ sutera; paku ~ paku yg kembang kepalanya dan digunakan utk memaku atap zink; 2. = ~ terjun kain bulat yg diberi bertali pd tepinya dan diguna­kan utk terjun dr kapal terbang (tempat tinggi dll); askar ~ terjun pasukan askar yg digugur­kan oleh kapal terbang; 3. ki sesuatu yg me­lindungi, penaung, pelindung: pd suatu ketika dahulu Tanah Melayu berlindung di bawah ~ Inggeris; ~ bawat = ~ pawat Jw payung kecil yg ber­batang tinggi dan berwarna-warni (utk menun­jukkan kebesaran seseorang); ~ berapit payung kerajaan yg dibawa berdampingan di hadapan raja dll; ~ cetera sj payung utk me­nunjukkan kebesaran seseorang; ~ iram-iram = ~ rama-rama sj payung kuning yg bahagian tepinya berlipat-lipat dan terumbai-umbai (utk raja-raja); ~ perteduhan naungan ki tempat berteduh, tempat bernaung, tempat mem­pertaruhkan nasib; ~ ubur-ubur sj payung putih yg berlipat-lipat tepinya utk mema­yungkan jenazah raja (di setengah-setengah tempat digunakan juga oleh raja yg masih hidup); dianjungkan spt ~, diambak spt kasur prb terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (ter­utama orang besar-besar); sediakan ~ sebelum hujan prb hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yg kurang baik; berpayung memakai payung; yg ~ yg ditembak prb jikalau anak-kemana­kan atau anak semang yg bersalah, tentulah yg akan dituntut mamaknya atau induk semangnya; berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: mereka berehat di tepi pantai sambil ~ sebatang pohon besar yg rimbun; memayungi 1. melindungi, (menutupkan) dgn payung; 2. ki melindungi, menaungi: sinar merah di hujung langit mula membayang, kabus putih ~ bukit-bukit tinggi; memayungkan mempergunakan sbg payung; payungan tempat yg dipayungi, lindungan: kami berteduh di bawah ~ kanopi kedai itu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas