Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.cah] | برڤچه

Definisi : terbahagi (bercerai) menjadi bebe­rapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.cah] | برڤچه

Definisi : mengikut haluan masing-masing; berpisah: Di persimpangan itu, mereka ~ ke arah masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pecah1 (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berbelah-belah: hancur, remuk, rapuh, ripuk, patah, kopak,

2. Bersinonim dengan merekah: retak, sompek, repih, terbelah, sumbing, robek, sobek, lulu cabik, rabak, koyak,

3. Bersinonim dengan meletup: meletus, meledak, meledos, pancit,

4. Bersinonim dengan tersebar: terbongkar, tercetus, tersiar, merebak, bocor,
Berantonim dengan tersimpan

5. Bersinonim dengan bermula: meletus, mencetus, terbit,

6. Bersinonim dengan serak: serau, garuk, pecah suara, sumbang, janggal, sember,

7. Bersinonim dengan berpisah: cerai-berai
Berantonim dengan bersatu

Kata Terbitan : berpecah, memecahkan, terpecah-pecah, pecahan, perpecahan, pemecahan,

Peribahasa

Kita membawa jarum,
     dia menyambut dengan gunting.

Bermaksud :

Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan yang betul bagi berpecah-belah atau berpecah belah? tqBerpecah belah.Ejaan10.06.2013
1. dia yang menyebabkan kami berpecah-belah? adakah ayat ini betul? jika tidak apakah pembetulannya? 2. seniwati yang terkenal sekali di dunia ialah ... adakah terkenal sekali betul digunakan ? terima kasih

1. Dia yang menyebabkan kami berpecah-belah. - ayat ini betul 

2. seniwati yang terkenal sekali di dunia ialah ... - frasa terkenal sekali adalah betul.

Tatabahasa01.06.2010
SPLIT PERSONALITY(i) PERSONALITI BAHAGI DUA (ii) PERSONALITI BERBELAH BAGI (iii) PERSONALITI BERPECAHIstilah07.04.2011
Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);Lain-lain04.09.2010
Adakah kesalahan dalam perenggani ini? Pertama sekali,ibu bapa ialah punca utama remaja terjebak dalam isu buli.Kebanyakkan ibu bapa pada era globalisasi ini bekerja dan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.Kekurangan kasih sayang daripada menyebabkan anak-anak memerlukan perhatian.Oleh itu,mereka membuli pelajar lain seolah-olah untuk mendapat perhatian orang lain.Selain itu,ibu bapa yang sering bergaduh dan keluarga berpecah-belai juga merupakan antara faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli.Ibu bapa antara punca utama remaja terjebak dalam isu buli. Kebanyakan ibu bapa pada era globalisasi ini bekerja dan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Kekurangan kasih sayang daripada menyebabkan anak-anak memerlukan perhatian. Selain itu, ibu bapa yang sering bergaduh dan keluarga berpecah-belah juga merupakan antara faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku Bujukan Bahasa Melayu dan Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
Apakah yang dimaksudkan kata ganda semu? Contoh?

Tuan,

Merujuk Kamus Dewan perkataan semu: bukan yg sebenarnya, tidak sesungguhnya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu.

Makna01.05.2009
Menurut (Goffee and Jones 1998), budaya organisasi terbahagi kepada dua dimensi iaitu 'sociability dan solidarity'. Daripada dua dimensi tersebut, lahir empat jenis budaya organisasi iaitu: 1. Communal Culture 2. Fragmented Culture 3. Networked Culture 4. Mercenery Culture Adakah istilah dalam bahasa melayu yang boleh digunakan untuk mentafsirkan dua dimensi budaya dan empat jenis budaya tersebut? Terima kasihIstilah bahasa Melayu untuk sociability ialah kebolehsosialan atau keramahan. Istilah untuk solidarity ialah perpaduan atau setiakawan. Tidak terdapat istilah khusus untuk empat jenis budaya yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk istilah yang berikut:

1. communal  - komunal/perkauman
2. fragmented - berpecah
3. networked - berangkaian
4. mercenary - mata duitan
Istilah08.01.2013
1) Apakah terjemahan yang sesuai bagi ayat “Students split up to search for Siti”? Bolehkah ayat “Murid-murid berpisah untuk mencari Siti” diterima? 2) Apakah terjemahan yang sesuai bagi ayat “He was separated from his friends”? Bolehkah ayat “Dia terpisah daripada rakan-rakannya” boleh diterima? 3) Adakah ayat berikut tepat? “Setelah lama mencari, mereka tidak dapat menjumpai Siti.”

Berikut ialah ayat yang lebih tepat dan boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan:

1. “Murid-murid berpecah untuk mencari Siti”.
2. Ayat kedua boleh diterima.
3. Ayat ketiga boleh diterima. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami juga mencadangkan ayat yang berikut “Setelah lama mencari, mereka masih belum menjumpai Siti”.

Tatabahasa03.05.2021

Kembali ke atas