Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.gang] | برڤݢڠ

Definisi : 1. memaut sesuatu dgn tangan, berpaut (pd), berkuat (pd): ia ternampak seorang budak hanyut yg ~ pd sekeping papan; Zaini terhuyung-hayang mencari tempat utk ~; ~ tangan a) berganding tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; 2. berpedo­man atau berpandu kuat (pd): mereka ~ kukuh pd adat dan agama; ~ pd yg benar; ~ pd prinsip-prinsip tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.gang] | برڤݢڠ

Definisi : 1 membuat tangan memaut sesuatu; berpaut: Sambil berjalan, ia ~ pd tangan ibunya. 2 tetap mengambil sesuatu sbg pedoman atau petunjuk: Mereka kuat ~ pd agama dan adat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,

Puisi
 

Sayang Serani Cina ulaman,
     Sedikit tidak berbuah lagi;
Sudah berjanji berpegang tangan,
     Sedikit tidak berubah hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung),
     dahan mengajur tempat tupai menegun.

Bermaksud :

Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a) Kerbau berpegang kepada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. b) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. c) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang kepada janjinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa, Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya.Lain-lain29.11.2011
Yang mana lebih tepat: a) Kerbau berpegang kepada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. b) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. c) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang kepada janjinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa, Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya.Lain-lain29.11.2011
Assalamualaikum, "Berpegang kepada sabda Rasulullah" atau "Berpegang pada sabda Rasulullah"? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Berpegang pada sabda Rasulullah".Tatabahasa27.03.2024
berpegang teguh pada ajaran agama atau berpegang teguh kepada ajaran agama? mana satu yang betul?Frasa yang betul ialah 'berpegang teguh pada ajaran agama'. Tatabahasa06.04.2011
DBP, BERIKUT YANG MANAKAH ADALAH BETUL? (A)berpegang teguh kepada ajaran agama ATAUPUN (B)berpegang teguh pada ajaran agamaUngkapan yang betul ialah "berpegang teguh pada ajaran agama".Tatabahasa27.05.2011
Salam sejahtera, Contoh ayat; A(Adik-beradik) itu B(berpegang) tangan ketika menyeberangi titi kecil yang meringtangi longkang yang C(dalam) itu. Jawapan B iaitu berpegang dikatakan salah, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya ? Bolehkah perkataan menuntun digunakan ?Perkataan yang boleh digunakan ialah menuntun dan memimpin. Sila layari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna bagi perkataan tersebut.Makna27.02.2013
1) Dia memang mempunyai bakat dalam pidato. a) keupayaan b) kemahiran c) kecekapan Soalan: Jawapan yg tepat untuk bakat ialah...? 2) Masyarakat Minang kuat berpegang / memegang kepada adat Pepatih. Soalan: berpegang atau memegang? Harap dpt memberi penjelasan. 3) Baju yang dijahit oleh ibunya itu amat cantik sekali. Soalan: Adakah ayat ini betul? Bolehkah ada dua kata penguat di dalam satu ayat? 4) Puan Rozita___mata pelajaran Sains. Soalan: Dlm konteks ini, mengajar atau mengajarkan? Terima kasih.

1. Tidak mempunyai jawapan. Ayat yang betulnya ialah 'dia memang mempunyai bakat dalam berpidato atau dia memang berbakat dalam pidato'. 2. Masyarakat Minang kuat berpegang pada adat Perpatih. 3. Baju yang dijahit oleh ibu sangat/ amat cantik sekali. 4. Puan Rozita mengajarkan mata pelajaran Sains. Harap maklum.

Tatabahasa20.06.2008
1) berikut adalah ayat yang akan digunakan dalam satu iklan jam CYMA. Betulkah penggunaan ayat tersebut ataupun tidak jelas maksudnya??? Sesetengah Orang Berpegang Teguh Kerana Prinsip Teguh kerana Kehendak.Dua teks dikemukakan. 1. Sesetengah orang berpegang teguh pada prinsip 2. Teguh kerana kehendak   Tatabahasa23.09.2008
Manakah penggunaan yang lebih tepat di dalam ayat berikut? "Ahmad seorang yang berpegang PADA/KEPADA janjinya" Tatabahasa Dewan Edisi Keempat tiada jawapan yang jelas. Menurutnya, PADA boleh digunakan bersama kata nama yang menunjukkan tempat. Manakala KEPADA digunakan apabila menyatakan satu-satu sasaran samada manusia, haiwan atau unsur mujarad. Justeru adakah objek 'janji' boleh dianggap secara abstrak sebagai tempat untuk penggunaan PADA? Adakah wajar objek 'janji' dianggap sebagai sasaran untuk penggunaan KEPADA? Harap pihak tuan sudi untuk memberi penjelasan.

Perbezaan penggunaan kepada dan pada ialah kepadadigunakan dengan maksud arah dan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang atau objek. Contoh ayat, 1. Nathan mengalihkan pandangannya kepada padi yang sedang disukat. 2. Sekali lagi Pak Hasan bertanya kepadadirinya. Kepada juga boleh digunakan mendahului kata nama atau frasa nama bukan manusia dengan maksud arah, iaitu apabila kata nama itu merujuk kepada institusi ataupun tempat yang ada kaitannya dengan manusia. Misalnya, Sawah dan desa ini mengingatkan saya kepada tanah kelahiran saya di Melaka.

Pada pula digunakan dalam beberapa situasi, 1. untuk menandakan keterangan waktu, apabila mendahului kata nama atau frasa nama yang menyatakan waktu atau masa. Contoh ayat, Ali telah berpindah rumah padabulan Januari yang lalu. 2. untuk menandakan sesuatu tempat yang tetapdan letaknya mendahului kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada orang ataupun objek. Misalnya 1. Pada fikirannya, eloklah dia menyiapkan jala mulai sekarang. 2. Aku akan menggantungkan buaian kain pada sebatang dahan.

Jawapan yang betul untu pertanyaan tuan tersebut ialah: Ahmad seorang yang berpegang PADA janjinya.

Lain-lain24.11.2017
Tuan, merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, kata "menggantikan" bermaksud menjadikan sebagai ganti. Jadi, dengan berpegang kepada makna "menjadikan sebagai ganti", betulkah ayat-ayat yang saya bina di bawah? 1. Guru penasihat itu menggantikan Ahmad kepada Ali sebagai setiausaha. (Ayat ini bermaksud guru penasihat itu menjadikan Ahmad sebagai ganti kepada Ali sebagai setiausaha. Orang yang diganti ialah Ali, dan orang yang menjadi ganti ialah Ahmad.) 2. Dua hari lagi, pihak sekolah akan menggantikan kerusi baharu kepada kerusi lama di kantin. (Ayat (2) bermaksud dua hari lagi, pihak sekolah akan menjadikan kerusi baharu sebagai ganti kepada kerusi lama di kantin.) Saya merasakan dua ayat yang saya bina ini menepati maksud kata "menggantikan". Ayat contoh dalam Kamus Pelajar tidak memenuhi maksud "menggantikan", iaitu menjadikan sebagai ganti. Apakah pendapat tuan?Maksud kedua di dalam kamus ditandakan sebagai nombor 2. Menjadikan sebagai ganti bukan maksud kedua, hanya aspek lain bagi memudahkan pemahaman terhadap makna yang diujarkan sebelum ini. Lihat contoh ayat yang diberikan di dalam Kamus Pelajar, telah jelas menerangkan maksud perkataan tersebut. Tatabahasa29.01.2015
12345

Kembali ke atas