Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.luang] | برڤلواڠ

Definisi : mempunyai (mendapat) pe­luang: mereka tidak ~ utk menggunakan kebolehannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.luang] | برڤلواڠ

Definisi : ada peluang; mendapat peluang: Saya ~ menemuinya di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluang (kata nama)
Bersinonim dengan kesempatan, jalan, lubang, kelapangan, cerlak;,
Kata Terbitan : berpeluang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
opportunist criminalpenjenayah berpeluangKriminologiKeadilan JenayahPenjenayah yang mendapatkan, mencari atau menggunakan peluang yang ada untuk melakukan jenayah. Lazimnya, penjenayah ini menggunakan situasi yang sesuai untuk mendapatkan habuan jenayah dan tidak membuat sebarang perancangan awal. Sasaran dalam jenayah ini adalah secara rawak bergantung pada peluang yang tersedia. Contohnya, seorang samseng jalanan memecahkan cermin kereta apabila ternampak beg tangan ditinggalkan di dalam kereta.
health for allkesihatan untuk semuaKejururawatanTiadaKeadaan yang memastikan semua individu berpeluang menerima perkhidmatan kesihatan asas dengan tiga objektif utama, iaitu promosi gaya hidup sihat, pencegahan dan rawatan penyakit.
teaching practicelatihan mengajarPendidikanTiadaProgram guru pelatih dikehendaki mengajar di sekolah dan berpeluang mengaplikasikan teori yang dipelajari. Dalam tempoh mengajar, guru pelatih dibimbing dan dinilai.
lucky loserpekalah bertuahSukanTiadaPeserta yang telah tersingkir dalam pusingan awal sesuatu perlawanan tetapi berpeluang memasuki pusingan yang seterusnya bagi mengisi tempat disebabkan oleh peserta lain yang terpaksa menarik diri daripada perlawanan tersebut.
town-meeting democracydemokrasi kotaSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang diamalkan di Athens, Greek pada tahun 500-321 SM. Demokrasi ini diamalkan secara langsung iaitu penduduk berbincang terhadap sesuatu isu dan mengundi secara terbuka. Dalam demokrasi ini, rakyat berpeluang memberi pendapat dan menyuarakan bantahan tanpa halangan serta tidak ada perwakilan digunakan. Walau bagaimanapun terdapat juga halangan penglibatan demokrasi ini kepada golongan tertentu seperti wanita dan hamba. Lihat juga demokrasi langsung.
da capo ariada capo ariaMuzikTiada

 Aria daIam bentuk ABA. Bahagian A diulangi selepas B. Ulangan A biasanya diimprovisasikan dan divariasikan de­ngan ton hiasan supaya penyanyi berpeluang mempamerkan teknik virtuoso. Da capo aria merupakan salah satu bentuk yang terpenting pada akhir abad ke-17 hingga abad ke-18.

remote audiencekhalayak terpencilKomunikasiKorporatKhalayak yang mendapat maklumat melalui penggunaan perantara elektronik. Jenis khalayak ini berada jauh daripada sumber maklumat atau berada di luar kawasan sumber maklumat seperti stesen radio atau televisyen utama, atau sumber elektronik lain seperti Internet, dalam keadaan berlompok atau bertaburan. Khalayak ini boleh terdiri daripada kelompok atau bertaburan. Khalayak ini boleh terdiri daripada kelompok petani, pelajar, atau peserta pendidikan jarak jauh. Khalayak terpencil juga boleh terdiri daripada kelompok tidak dikenal pasti tetapi masih terdedah kepada maklumat tersebut. Penentuan kedudukan khalayak terpencil bertujuan untuk membolehkan khalayak yang berada di luar lingkungan sumber maklumat ini berpeluang untuk berhubung secara langsung bagi mendapatkan dan berkongsi maklumat.

Kembali ke atas