Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pendu.du/] | برڤندودوق

Definisi : mempunyai penduduk: Malaysia ~ lebih drpd 14 juta orang dlm tahun 1984; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpenduduk


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIBERIA

Siberia merupakan sebuah rantau yang luas dan

kurang berpenduduk, terletak di bahagian utara

Asia. Siberia terletak di dalam Rusia, dan

membentuk kira-kira 75 peratus daripada keluasan

Rusia, tetapi hanya 20 peratus daripada penduduk

Rusia yang mendiaminya. Sebahagian besar

kawasan ini diliputi salji dan ais selama kira-kira

enam bulan dalam setahun. Suhunya kadangkala

berada di bawah –68° C.

UMUM 
SILESIA

Silesia ialah wilayah di barat daya Poland, timur

Jerman, dan bahagian utara Republik Czech. Kawasan

yang termasuk di dalamnya ialah bahagian hulu

Lembah Sungai Oder dan Gunung Sudetes. Silesia

meliputi kawasan seluas 49 000 kilometer persegi

dan berpenduduk kira-kira 10 000 orang. Katowice

dan Wroclaw, Poland merupakan bandar utamanya.

UMUM 
SUNGAI IRRAWADDY

Sungai Irrawaddy yang juga dieja Irawadi ialah

sungai utama di Myanmar. Sungai ini mengalir kira-kira

2000 kilometer ke arah selatan melalui

beberapa pemandangan yang amat menarik di

negara tersebut. Sungai Irrawaddy berpunca dari

kawasan tinggi dan berbatu-batan di bahagian utara

Myanmar. Ia mengalir melalui kawasan yang

berpenduduk padat sehingga ke kawasan sawah

padi yang luas. Di sana, Sungai Irrawaddy memasuki

Teluk Benggala melalui banyak muara yang

membentuk suatu delta tanah ladang yang subur.

UMUM 

Kembali ke atas