Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.nga.la.man] | برڤڠالمن

Definisi : mempunyai pengalaman (yg luas): penasihatnya ialah seorang yg ~; pegawai yg ~ dlm bidang pentadbiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpengalaman

Peribahasa

Darah setampuk pinang.

Bermaksud :

Belum berpengalaman.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, "berpengalaman dalam membuat lakaran wajah penjenayah" betul tak? Saya berpandangan frasa kerja ini harus dipinda kepada: "berpengalaman dalam pembuatan lakaran wajah penjenayah" ATAU "berpengalaman dalam pelakaran wajah penjenayah. Mengikut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "dalam" diikut oleh frasa nama yang abstrak, iaitu mempunyai lingkungan yang tidak ada jarak atau tidak ada ruang. Jadi, kata kerja "membuat" yang mengikut kata sendi nama "dalam" tidak sesuai digunakan dalam ayat ini kerana kata sendi nama "dalam" berada di hadapan frasa nama, bukan kata kerja. Oleh hal demikian, saya telah mengubah bentu kata kerja "membuat" kepada bentuk kata nama "pembuatan", atau bentuk kata nama "pelakaran" yang bermaksud hal melakar. Betulkah pembetulan saya? (Punca: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 20, terbitan Syarikat Pelangi)Kami berpandangan ayat "berpengalaman dalam pelakaran wajah penjenayah", betul. Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. Tatabahasa20.03.2015
Salam sejahtera, ayat mana yang lebih gramatis? "Berpengalaman dalam mengendalikan bengkel berbahas" atau "berpengalaman dalam mengendalikan bengkel bahas"?Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas.Tatabahasa23.08.2020
salam 1Malaysia, soalan saya: adakah perkataan "masing-masing" diletakkan dalam contoh ayat berikut sesuai digunakan bagi menjelaskan hasil keputusan analisis. mohon pembetulan. tq Contoh ayat: keputusan analisis menunjukkan perbezaan min kompetensi guru antara responden guru lelaki-perempuan (2.0), guru sekolah rendah-sekolah menengah (3.0) , guru berpengalaman mengajar 1-5 tahun - guru berpengalaman 6-10 tahun (4.0). Ini menunjukkan bahawa, min kompetensi responden guru Lelaki, guru Sekolah Rendah, dan guru yang berpengalaman mengajar 6-10 tahun masing-masing lebih tinggi berbanding responden guru Perempuan, guru SM, guru berpengalaman mengajar 1 – 5 tahun.Keputusan analisis menunjukkan perbezaan yang minimum kompetensi guru antara responden guru lelaki dengan guru perempuan (2.0), antara guru sekolah rendah dengan guru sekolah menengah (3.0) , antara guru berpengalaman mengajar 1 -5 tahun dengan guru berpengalaman 6-10 tahun (4.0). Ini menunjukkan bahawa, minimum kompetensi responden guru Lelaki, guru Sekolah Rendah, dan guru yang berpengalaman mengajar 6-10 tahun masing-masing lebih tinggi berbanding responden guru Perempuan, guru SM dan guru berpengalaman mengajar 1 – 5 tahun.Tatabahasa17.08.2015
fakta huraian adalah seperti berikut; peratus respons responden berpengalaman 11 - lebih 20 tahun lebih tinggi serta menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding responden 1-5 tahun. selain itu, peratus respons responden berpengalaman lebih 20 tahun juga lebih tinggi serta berbeza dengan responden 6-10 tahun. soalan saya, bolehkah fakta di atas digabungkan menjadi satu ayat seperti berikut; (mohon cadangan ayat yang sesuai) Didapati bahawa peratus respons responden pengalaman mengajar 11-lebih 20 tahun dan lebih 20 tahun masing-masing lebih tinggi serta terdapat perbezaan yang ketara berbanding responden kumpulan pengalaman mengajar 6-10 tahun dan 11-15 tahun. tqPengulangan perkataan yang sama dan hampir sama (respons dan responden)  dalam satu ayat boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Oleh itu, ada baiknya ayat tersebut dikekalkan dalam dua ayat berlainan dan tidak dijadikan ayat majmuk.Tatabahasa22.05.2015
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelasan terperinci tentang maksud rangkaikata berikut: 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk 8. pembimbing yang diperakui Sekian, terima kasih.Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan frasa di bawah. Hanya 'pakar rujuk' merupakan rangkai kata.

1. berpengetahuan mendalam
 2. berkemahiran tinggi
3. berpengalaman luas
4. pakar bidang pengkhususan
5. mengamalkan nilai profesional
6. meningkatkan profesionalisme
7. pakar rujuk - ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2. orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~ ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu
 8. pembimbing yang diperakui
Tatabahasa04.10.2012
seorang hakim yag berpengalaman telah diupah untuk pengadilan kes rogol ini. Ituan, pengadilan adalah salah dalam ayat ini. tetapi dalam frasa sendi nama...untuk(kata sendi) dan mesti diikuti dengan kata nama, maka pengadilan digunakan untuk menggantikan mengadili... (adakah pandangan saya salah?) tq , tuan"Untuk" dalam ayat tersebut tidak berfungsi sebagai kata sendi nama, sebaliknya sebagai kata keterangan. Kata "untuk" banyak digunakan dalam ayat keterangan tujuan yang menerangkan maksud bagi sesuatu perkara atau kejadian. Contoh ayat yang lain, Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.Tatabahasa15.09.2011
Salam 1Malaysia, bagaimanakah cara membina ayat yang paling sesuai bagi penggunaan perkataan masing-masing dalam contoh ayat berikut: contoh 1. Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, masing-masing hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. contoh 2. Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th masing-masing, yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. mohon cadangan ayat yang sesuai. tqSeterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th masing-masing yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut.Tatabahasa31.08.2015
Kepada tokoh DBP yang berpengalaman dalam bidang Tatabahasa, Di sini saya ingin mengemukakan satu soalah yang berkaitan tentang penggunaan kata Pemeri "ialah" dan "adalah". Pada pemahaman saya, kata Pemeri "ialah" hadir sebelum KATA NAMA (FN) sahaja, manakala kata Pemeri "adalah" hadir sebelum KATA ADJEKTIF (FA) dan KATA SENDI (FS). Tetapi saya banyak melihat penulis buku yang selalu meletakkan "adalah" di depan kata Nama. Contoh ayat: Tok Janggut adalah pejuang yang kita hormati. Dalam ayat tersebut, objek, iaitu pejuang bukankah kata Nama? Jika kata Nama, bukankah "ialah" adalah lebih sesuai? Jadi, Tok Janggut ialah pejuang yang kita hormati. Ayat ini saya rasa barulah betul. Apakah pendapat para tokoh DBP tentang kekeliruan tersebut? Sila jawab pertanyaan saya. Terima kasih atas bantuan anda!

 Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti Tok Janggut ialah pejuang yang kita hormati. Manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 263.

Tatabahasa27.04.2014
Kepada tokoh bahasa yang berpengalaman dan dihormati, Di sini saya ingin bertanyakan perihal huruf besar dan huruf kecil suatu frasa. Contoh: a) bahasa Melayu atau Bahasa Melayu b) sungai Lembing atau Sungai Lembing c) dinasti Han atau Dinasti Han Saya tidak tahu yang manakah betul. Tetapi saya selalu menggunakan pilihan yang pertama, iaitu bahasa Melayu, sungai Lembing dan dinasti Han. Saya menjadikan "bahasa, sungai dan dinasti" huruf kecil kerana saya berasa bahawa golongan ini bukan Kata Nama Khas, sebaliknya, golongan ini terkandung dalam Kata Nama Am. Manakala "Melayu, Lembing dan Han" merupakan nama yang dikhaskan untuk sesuatu, jadi saya meletakkan huruf besar. Pada pandangan tuan, hendak memilih pilihan yang pertama atau pilihan yang kedua? Pada masa yang sama, berdasar pada pilihan jawapan di bawah, yang manakah adalah betul? 1. a) Kata Nama Am b) kata nama Am c) kata nama am 2. a) Kata Nama Khas b) kata nama Khas c) kata nama khas Tolong bantu saya mahir dalam bidang bahasa. Terima kasih saya lafazkan.

Kata ‘bahasa’, sungai’ dan ‘dinasti’ merupakan kata nama am, maka ditulis dalam huruf kecil sahaja. Kecuali sebagai tajuk atau merujuk kepada nama nama khas, perkataan tersebut ditulis dalam huruf besar.  

Tatabahasa27.04.2014
saya seorang yang langsung tidak berpengalaman dalam bidang penulisan. saya mahu memulakan penulisan tetapi tidak tahu cara bagaimana harus memulakannya dan kepada pihak mana hasil penulisan harus dihantar untuk terbitan.

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penerbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain20.05.2009
1234

Kembali ke atas