Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.nga.la.man] | برڤڠالمن

Definisi : mempunyai pengalaman (yg luas): penasihatnya ialah seorang yg ~; pegawai yg ~ dlm bidang pentadbiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpengalaman

Peribahasa

Darah setampuk pinang.

Bermaksud :

Belum berpengalaman.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASAD, NASIR AL-DIN AL-

Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan,

sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang

berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah,

Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti

Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah

kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943.

Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda

dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun

1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada

tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al-

Azhar.

UMUM 
ZARQA, MUSTAFA AHMAD AL

Zarqa, Mustafa Ahmad al- ( ?–1325 H/ ? –

1907) ialah tokoh politik Syria dan pakar dalam

bidang syariah dan undang-undang serta ahli

akademik yang berpengalaman. Dia lahir di bandar

Halab dan pernah belajar ilmu syariah dengan

bapanya dan beberapa orang tokoh agama pada

zamannya.

UMUM 
MENGEMBARA BERJALAN KAKI

Mengembara berjalan kaki ialah senaman

yang menyihatkan dan menenangkan. Hampir

semua lapisan masyarakat daripada pelbagai

peringkat umur menggemari sukan ini yang

dilakukan sepanjang tahun. Mengembara berjalan

kaki memakan masa dari beberapa jam ataupun

hingga beberapa minggu. Ramai pengembara

yang berpengalaman mendapat kepuasan jika

pengembaraan dilakukan di kawasan hutan rimba,

di taman negara atau di hutan. Namun begitu,

ramai orang lebih suka mengembara di kawasan

taman yang berdekatan dengan tempat tinggal

mereka, malahan juga di kaki lima.

UMUM 
SEKOLAH LATIHAN MELAYU KOTA BAHARU

SEKOLAH LATIHAN MELAYU KOTA BAHARU, pusat latihan persediaan perguruan pertama di Kelantan.  Sekolah latihan perguruan ini ditubuhkan pada tahun 1926. Dua orang guru berpengalaman dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dipinjamkan untuk mengajar di sekolah ini.  Mereka ialah Arshad bin Talib dan Ujang bin Malaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN

MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN  (   ?  -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas