Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.ri.ke.ma.nu.sia.an] | برڤريکماءنسياءن

Definisi : mempunyai perikemanusiaan (spt perasaan bertimbang rasa, tolong-menolong, mengasihani, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.ri.ke.ma.nu.sia.an] | برڤريکماءنسياءن

Definisi : mempunyai perikemanusiaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berperikemanusiaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Di dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, entri perikemanusiaan diikuti subentri berperikemanusiaan dan ketidakberperikemanusiaan. Betulkah kata terbitan 'ketidakberperikemanusiaan' itu? Bukankah sepatutnya apabila imbuhan 'ke-...-an' digunakan untuk kata dasar tidak berperikemanusiaan sepatutnya menjadi ketidakberperikemanusiaanan? Mohon penjelasan dan juga pembetulan dalam edisi akan datang dan dalam PRPM jika ia ralat.Berdasarkan peraturan pembentukan kata terbitan, tidak berperikemanusiaan apabila menerima apitan ke-...-an akan membentuk kata ketidakberperikemanusiaanan. Dalam hal ini kami perlu mendapatkan penjelasan daripada Bahagian Perkamusan. Penjelasan daripada pihak berkenaan akan kami e-melkannya kepada tuan.

 
Tatabahasa27.01.2018
Bagaimanakah nak kelaskan morfem bebas dengan morfem terikat. Adakah apitan dikira 1 @ 2 morfem? Umpamaya perkataan ,'berperikemanusiaan' dikira sebanyak 4 morfem, adakah apitan 'ke...an' dianggap 1?Morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi ter­tentu, seperti perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. Bagi perkataan berperikemanusiaan, terdapat lima morfem , iaitu ber- + peri + ke- + manusia + -an; dua morfem bebas, iaitu peri dan manusia serta tiga morfem terikat, iaitu ber-, ke- dan -an.Tatabahasa20.05.2011
1.Hasil penyiasatan itu membuktikan bahawa dia tidak terlibat dalam kes tersebut. 2.Sungguh tidak berperikemanusiaan dia menceritakan perkara itu kepada orang ramai. 3.Cita-citanya akan menjaid penyataan sekiranya dia lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 4.Peminat bola sepak dapat menyaksikan bintang bola sepak England beraksi di Stadium Bukit Abdul Jalil. Keempat-empat ayat ada salah tak? Jika salah, sila menerangkan sebab Terima kasih

1. Ayat (1) betul

2. Ayat (2) betul

3. Ayat yang betul ialah Cita-citanya akan menjadi kenyataan sekiranya dia lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pengunaan perkataan penyataan dalam ayat tersebut tidak betul kerana pernyataan membawa maksud kata-kata, tulisan dan sebagainya yang menyatakan sesuatu perkara. Manakala, kenyataan pula membawa maksud  perkara atau keadaan yang sebenar atau bukan khayalan, hakikat dan realiti.

4. Ayat (4) betul

Tatabahasa27.10.2021
saya Wan Asnah Wan Mahmud,belajar di universiti Fatoni, ingin bertanya DBP perkataan "zalim" berasal dari bahasa apa?dan apakah pengertiannya?Perkataan "zalim" mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak berperikemanusiaan, tidak adil,bengis dan kejam. Asal daripada perkataan Arab iaitu "lalim".Tatabahasa22.09.2014
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Cattle Kick Stop 2. Cow Hobble 3. Cattle Cable Spiker 4. Cattle Captive Bolt stunner 5. Cattle Humane Slaughter Equipment 6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) 7. Wool Roving Machine

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Cattle Kick Stop - Penahan Tendangan Lembu
2. Cow Hobble - Sengkela Lembu
3. Cattle Cable Spiker - Pepaku Kabel Lembu
4. Cattle Captive Bolt Stunner – Pemegun Bolt Kurungan Lembu
5. Cattle Humane Slaughter Equipment – Peralatan Penyembelihan Berperikemanusiaan untuk Lembu
6. Wool Carding Machine (Berkaitan dengan ternakan biri-biri) – Mesin Sisir Kasar Bulu Bebiri
7. Wool Roving Machine – Mesin Pintal Kasar Bulu Bebiri

Istilah10.03.2016
1. Mengapakah dalam buku Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa kata terbitan yang menerima imbuhan apitan terdiri daripada 3 morfem, contohnya 'berkakikan' dikatakan terdiri daripada morfem ber+kaki+kan sedangkan jika diteliti imbuhan apitan beR-...-kan wujud sebagai 1 morfem. Oleh yang demikian saya inginkan kepastian bahawa adakah semua imbuhan apitan dikira sebagai 1 morfem ataupun 2 morfem? Sekian terima kasih.Morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi ter­tentu, seperti perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. Bagi perkataan berperikemanusiaan, terdapat lima morfem , iaitu ber- + peri + ke- + manusia + -an; dua morfem bebas, iaitu peri dan manusia serta tiga morfem terikat, iaitu ber-, ke- dan -an. Semua imbuhan dikira satu morfem terikat kerana tidak dapat berdiri dengan sendiri dan tiada makna. Berkakikan mempunyai tiga morfem iaitu dua morfem terikat (ber dan kan) dan satu morfem bebas (kaki).Tatabahasa11.01.2013
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong.1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh.
2) Remaja sekarang sudah bebas.
3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang.
4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang.
5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya.
6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar.
7) Kainnya koyak kerana disambar api.
8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong.
Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa02.08.2013

Kembali ke atas