Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.ring.kat] | برڤريڠکت

Definisi : bertingkat, bertahap, berkelas (berpangkat, bertaraf), berperenggan: contoh kira-kira yg diberikan oleh guru hendaklah ~, drpd yg senang kpd yg susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.ring.kat] | برڤريڠکت

Definisi : mempunyai peringkat; bertahap: Tenaga dibebaskan sedikit demi sedikit pd satu-satu masa dlm keadaan ~-peringkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berperingkat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
graded difficultykesukaran berperingkatPendidikanTiadaTahap soalan tugasan yang disusahkan secara berperingkat-peringkat bagi membolehkan pelajar meningkat secara berperingkat-peringkat.
graded testsujian berperingkatPendidikanTiadaUjian yang dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk mengukur tingkat kemahiran pelajar.
fractional distillationpenyulingan berperingkatKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses penyulingan yang terjadi secara berperingkat. Penyentuhan di antara fasa wap yang menghala ke atas dengan fasa cecair yang mengalir turun bagi menghasilkan pemindahan jisim di antara fasa, terjadi mengikut peringkat dan tidak secara berterusan. Proses penyulingan ini terjadi di dalam turus berplat. Fasa wap dan cecair yang telah bersentuh pada suatu plat kemudiannya meninggalkan plat tersebut menuju ke plat lain. Penyentuhan di antara fasa tidak terjadi sehingga sampai ke plat seterusnya.
staggering maturitieskematangan berperingkatPentadbiran PerniagaanTiadaTeknik dagangan sekuriti hutang yang menunjukkan pelabur membeli beberapa bon dengan kematangan berperingkat-peringkat.
fractional distillationpenyulingan berperingkatKimiaTiadaPenyulingan yang digunakan untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai takat didih yang berbeza. Proses ini menggunakan turus pemeringkatan yang tegak dan panjang yang diisi dengan manik-manik kaca supaya refluks separa boleh berlaku. Kaedah ini dapat menghasilkan pengasingan lengkap dua atau lebih cecair yang mudah meruap. Sebahagian daripada wap akan terkondensasi dan cecair yang terhasil akan bertembung dengan lebih banyak wap dan proses ini akan berulang. Pecahan cecair yang mempunyai julat takat didih yang rendah akan terus masuk ke dalam kondenser penyulingan, manakala pecahan cecair yang mempunyai julat takat didih yang tinggi akan masuk balik ke dalam kelalang penyuling. Penyulingan berperingkat merupakan kaedah asas bagi penghasilan petroleum daripada minyak mentah. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 147 Penyulingan berperingkat
staggered maturity periodtempoh matang berperingkatEkonomiEkonomi IslamTempoh matang sekuriti yang dibahagikan kepada beberapa tarikh yang berbeza. Pada setiap tarikh berkenaan, sebahagian daripada sekuriti akan matang dan perlu dilunaskan. Pembahagian tarikh tersebut bergantung pada bilangan nota primer yang diterbitkan. Contohnya, jika terdapat 10 nota primer, maka akan terdapat 10 tarikh matang yang berbeza-beza. Sekuriti yang mempunyai amaun yang besar akan diberi tempoh matang berperingkat untuk meringankan beban pengeluar sekuriti membayar balik penebusan.
staggerberperingkatPertanianTiadaTiada
staggerberperingkatKejuruteraanTiadaTiada
primary notenota primerEkonomiEkonomi IslamSijil hutang yang merupakan pecahan daripada jumlah nilai pembiayaan. Nilai pembiayaan yang besar akan didenominasikan kepada beberapa sijil yang dijadualkan semula tempoh pembayarannya secara berperingkat. Tujuan didenominasi adalah untuk membolehkan pembayaran hutang dibuat secara berperingkat dan mengelakkan pembayaran yang banyak sekali gus. Sijil yang mempunyai tempoh matang paling pendek akan ditebus terlebih dahulu berbanding sijil yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang. Nota primer tidak boleh diurusniagakan di pasaran peringkat kedua.
fractionalpecahan; berperingkatMatematikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas