Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.per.lem.ba.ga.an] | برڤرلمباݢاءن

Definisi : mempunyai (berlandas­kan, berpegang pd, dsb) perlembagaan: suatu prinsip asas yg ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berperlembagaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELUARGA DIRAJA

Keluarga diraja ialah anggota keluarga raja

berperlembagaan yang memerintah, – iaitu raja,

ratu, maharaja, maharani, sultan, amir, atau raja

berdaulat yang lain. Keluarga diraja dianggotai oleh

seorang raja yang berkuasa dalam sebuah negara,

dan juga anggota keluarganya yang terdekat – isteri

atau suami, anak, cucu, adik-beradik dan ibu bapa.

Keluarga diraja tidak semestinya sama dengan

keluarga pemerintah sesebuah negara (mereka

yang berkuasa ke atas sesebuah kerajaan). Di

kebanyakan negara – United Kingdom contohnya–

raja adalah ketua negara tetapi tidak memainkan

sebarang peranan dalam pentadbiran kerajaan.

Sesetengah keluarga pemerintah yang menguasai

kerajaan pula tidak semestinya berdarah raja.

Contohnya, keluarga pemerintah negara Kuwait

bukanlah berdarah raja. Keluarga sebegini biasanya

tidak mempunyai asal usul dari keturunan

bangsawan sejak zaman nenek moyang lagi.

UMUM 
MAGNA CARTA

Magna Carta ialah dokumen yang menandakan

langkah tegas ke hadapan dalam perkembangan

kerajaan berperlembagaan di England. Pada abad-

abad berikutnya, kebanyakan bahagian lain dunia

juga turut mendapat faedah daripadanya, kerana

banyak negara demokrasi mengikuti perundangan

Inggeris dalam membentuk kerajaan masing-

masing.

UMUM 
REVOLUSI 1848

Revolusi 1848 melibatkan satu siri

pemberontakan yang berlaku di Perancis, Jerman,

dan Empayar Austria, termasuklah sebahagian Itali.

Punca-punca tercetusnya revolusi ini termasuklah

desakan untuk menubuhkan kerajaan

berperlembagaan; semangat nasionalisme yang

meningkat di kalangan bangsa Jerman, Itali,

Hungary, dan Czech; dan juga tentangan kaum

petani terhadap sistem manor (sistem pemilikan

tanah oleh kaum bangsawan) di bahagian Jerman

dan Empayar Austria (lihat Manorialisme ).

UMUM 
NEGARA POLIS

Negara polis, berlaku apabila kerajaan sesebuah

negara atau unit politik membenarkan agensi

penguatkuasaan undang-undang negara itu

mengekalkan keamanan melalui ketakutan rakyat.

Dalam keadaan ini, pihak polis tidak lagi tertakluk

kepada undang-undang atau kekangan lain yang

biasanya mengehadkan tindakan mereka dalam

sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Pihak

polis boleh merisik sesiapa sahaja tanpa

menghiraukan privasi individu. Mereka juga boleh

menangkap, memenjarakan, membunuh, atau

membuang negeri sesiapa sahaja tanpa sebarang

sebab.

Pada zaman dahulu, negara kota Yunani, Sparta,

merupakan sebuah negara polis yang paling

lengkap. Pada tahun 1990-an, taktik negara polis ini

sering digunakan oleh golongan fasis dan negaranegara

komunis.

Lihat juga Polis rahsia.

UMUM 
MAAL HIJRAH

Maal Hijrah ialah tahun baru yang disambut pada

1 Muharam menurut takwim Islam. Takwim Islam

bermula daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah

s.a.w. bersama-sama para sahabatnya dari Makkah

ke Yathrib iaitu al-Madinatul al-Munawarrah.

Daripada peristiwa tersebut, dapat dihayati nilai

pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan

perpaduan yang dibentuk oleh masyarakat Islam

Muhajirin dan Ansar di Madinah. Penghijrahan

Rasulullah s.a.w. ini membawa kepada kewujudan

negara Islam yang pertama, dan berperlembagaan

Islam.

UMUM 
RUKUN TIGA BELAS

RUKUN TIGA BELAS, kumpulan sulit yang ditubuhkan oleh 13 orang pemimpin Persatuan Pemuda Melayu (PPM) untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British.  Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1948.  Pada tahun 1946, Gerakan Antipenyerahan Sarawak kepada British muncul apabila Raja Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak sebagai sebuah jajahan mahkota kepada kerajaan British.  Pada mulanya gerakan ini disokong oleh orang Melayu dan Iban secara perlembagaan.  Namun semua usaha mereka gagal kerana sikap kerajaan British yang mengabaikan kepentingan  gerakan tersebut.  Golongan elit pula berpendapat bahawa cara tindakan secara berperlembagaan tidak akan membawa apa-apa kejayaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas