Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pi.ha/.pi.ha/] | برڤيهق - ڤيهق

Definisi : berpisah-pisah menjadi beberapa pihak, berasing-asing, bercerai-cerai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
non-partisan supportsokongan tidak berpihakSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk sokongan yang tidak semestinya terikat dengan sesuatu pihak. Sokongan ini bersifat individu atau kelompok. Individu atau kelompok yang terlibat masih boleh membuat pemilihan dalam pilihanraya. Contohnya, sokongan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terhadap parti pembangkang atau pemerintah merupakan sokongan tidak berpihak.
biaspincang; cenderung; tak saksama; miring; berat sebelah; biasSejarahTiadaBerat sebelah: Sikap cenderung atau berpihak kepada satu pihak sahaja.
neutral statenegara berkecualiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNegara yang bersetuju untuk tidak menyertai peperangan antara dua atau lebih negara lain. Negara berkecuali mempunyai kewajipan untuk menahan diri daripada memberi bantuan ketenteraan kepada pihak yang berperang, menghalang wilayahnya daripada digunakan bagi tujuan peperangan, atau menjadi tidak berpihak kepada manamana negara yang berperang. Perkecualian adalah satu kewajipan untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang boleh ditafsirkan sebagai mempertingkatkan kepentingan salah satu pihak yang berkonflik atau membahayakan kepentingan pihak yang lagi satu. Status berkecuali ini diiktiraf oleh pihak-pihak yang berperang. Sinonim kuasa berkecuali.
nonpartisanismfaham tidak berpihakSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang berpegang kepada suatu pendirian yang bebas dan berkecuali. Fahaman ini diamalkan oleh individu atau kelompok yang tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak yang bersaing. Walaupun begitu, individu dan kelompok ini turut terlibat dalam proses pemilihan pemimpin dan kerajaan. Fahaman ini berkembang melalui konsep neutralisme dalam Pentadbiran Awam yang dipopularkan oleh Dwight Waldo. Dalam menjalankan tugas, penjawat awam mesti berpegang kepada fahaman ini.
action orientedberorientasikan tindakanSains PolitikHubungan AntarabangsaPerkara yang dilakukan oleh sesebuah negara terhadap pihak lain untuk mencapai tujuan tertentu. Perlakuan yang berorientasikan tindakan ialah bentuk komunikasi yang dilakukan untuk mengubah atau mengekalkan tingkah laku sesuatu pihak lain. Dalam sesuatu tindakan tersirat sesebuah negara, terdapat isyarat tertentu seperti dasar berkecuali yang tidak berpihak kepada kuasa besar dunia. Orientasi tindakan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti propaganda, janji untuk bantuan luar negeri, mempamerkan kekuatan ketenteraan, menggunakan undi pembatal dan mengeluarkan amaran dalam nota diplomatik.
neutralneutralSains PolitikPolitik PerbandinganDasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

Kembali ke atas