Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pi.lin] | برڤيلين

Definisi : 1. dipilin; 2. = berpilin-pilin ber­kelok-kelok atau berpiuh-piuh (kayu, besi, dll): ~ bagai kelindan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pi.lin] | برڤيلين

Definisi : dlm keadaan sudah dipintal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpilin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SKRU

Skru ialah satah condong yang berpilin di

sekeliling acinya. Skru adalah satu daripada enam

mesin ringkas yang dicipta pada zaman purba. Lima

lagi adalah tuas, roda dan gandar, rapi, satah

condong dan baji. Lihat Mesin (Enam mesin ringkas).

UMUM 
PRETZEL

Pretzel ialah sejenis biskut Jerman, yang rapuh dan

berpilin-pilin dengan permukaan yang berglis,

bergaram.

UMUM 
NARWHAL

Narwhal ialah paus yang luar biasa di Artik.

Narwhal jantan mempunyai taring yang berpilin

kira-kira 2.5 meter panjang yang tumbuh dari

bahagian kiri kepalanya. Taring itu sebenarnya

adalah satu-satunya gigi narwhal. Sesetengah

narwhal, kebanyakannya narwhal betina

mempunyai dua taring. Namun biasanya narwhal

betina tidak mempunyai taring. Narwhal yang

muda menggunakan taring masing-masing untuk

bermain-main lawan sesama mereka. Setakat yang

diketahui, narwhal dewasa tidak pernah

menggunakan taringnya. Bagaimanapun,

kebanyakan narwhal dewasa mempunyai hujung

taring yang lusuh. Mungkin taring ini digunakan

untuk mengocak pasir atau lumpur ketika makan.

UMUM 
KONC

Konc ialah siput laut yang besar, yang

mempunyai cangkerang keras, berpilin.

UMUM 
RIBUT

Ribut biasanya merujuk kepada keadaan cuaca

yang tidak menyenangkan atau merosakkan yang

terdiri daripada hujan, salji, kerpasan sangat sejuk,

hujan batu, angin kencang atau gabungan

kesemuanya. Ribut adalah siklon atmosfera – iaitu,

kawasan tekanan rendah di keliling angin yang

berpilin ke dalam.

UMUM 
SIPUT UNAM

Siput unam ialah nama biasa bagi beberapa

spesies siput kecil di pantai laut. Siput unam yang

terkenal ialah siput unam biasa di utara Eropah

dan di pantai Atlantik di Amerika Utara. Siput

unam ini melekap pada batu-batan di antara paras

air pasang dengan air surut. Cangkerangnya yang

tebal, berpilin berwarna perang kekelabuan atau

hampir hitam. Panjangnya boleh mencapai kira-kira

4 sentimeter.

UMUM 

Kembali ke atas