Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUKHTAR AL-THAQAFIY AL-

Mukhtar al-Thaqafiy al- (1 H.–67 H/622 M.–687

M.), salah seorang daripada ketua revolusi

menentang kerajaan Bani Umayyah. Nama penuhnya

ialah Abu Ishaq al Mukhtar ibn Abi ibn Mas’ud al-

Thaqafi. Dia berasal daripada Taif dan berpindah ke

Madinah mengikut bapanya semasa pemerintahan

Khalifah Umar r.a. Bapanya pergi ke Iraq dan syahid

dalam Perang al-Jisri, meninggalkan al-Mukhtar al-

Taqafiy di Madinah dan hidup di kalangan Bani

Hasyim. Abdullah ibn Umar mengahwini kakaknya

yang bernama Safiyyah. Kemudian al-Mukhtar al-

Taqafiy hidup bersama ‘Ali r.a. di Iraq dan tinggal di

Basrah selepas kematian Ali.

UMUM 
MIAMI

Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met.

1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika

Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan

rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai

pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah

menarik ramai pesara dari seluruh Amerika

Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun

pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang

asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan

yang mendapat publisiti besar-besaran, telah

menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat

pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di

pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai

Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan

Atlantik.

UMUM 
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI

S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah

tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap

Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1

Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli

perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli

akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah

berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938

sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu

dia baru sahaja menamatkan pengajian di

Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang

iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949.

Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri

Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai

Seremban), dan mengambil kontrak memberi

perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar

tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949,

dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka

cawangan perniagaan keluarganya di bandar

tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di

sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai

Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali

sebagai Java Street).

UMUM 
RISDA

RISDA, agensi berkanun. RISDA ialah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 Bilangan 85. Sebelum RISDA diwujudkan, pentadbiran pekebun-pekebun kecil getah dikelolakan oleh Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama, sehingga nama LPGTS ditukar kepada RISDA menjelang tahun 1973. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Kemudian sekali lagi RISDA berpindah pentadbiran ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada penghujung tahun 1992.

1">           

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SYEIKH BURHANUDDIN ULAKAN

SYEIKH BURHANUDDIN ULAKAN ( ? - 1690), ulama Indonesia. Beliau berasal dari Minangkabau. Nama beliau semasa kecil ialah Si Pono. Ayahnya bernama Pampak. Beliau suka mengikut ayahnya berniaga di pekan Batang Bengkawas. Pada tahun 1559, beliau mengikut ayahnya yang masih beragama Buddha berpindah ke Sintuk. Kemudian, mereka berpindah pula ke Ulakan. Syeikh Burhanuddin meneruskan perjalanan ke Aceh dan berguru dengan Syeikh Abdul Rauf Singkel. Beliau berguru selama 13 tahun dan ada pendapat lain mengatakan beliau berguru dengan Syeikh Abdul Rauf selama 30 tahun. Rakan seperguruannya yang lain ialah Syeikh Tajul Khalwati (Bugis) dan Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Terengganu).

1">

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SEKOLA MELAYU

SEKOLA MELAYU,  akhbar mingguan Melayu yang terbit di Singapura.  Sekola Melayu mula diterbitkan pada 1 Ogos 1888 (22 Zulkaedah 1305 H.) pada setiap hari  Rabu dan terbit seminggu sekali. Akhbar ini mengandungi empat halaman dengan menggunakan tulisan Jawi dan dicetak dengan cap batu.  Akhbar ini mula dicetak di Arab Street dan kemudian berpindah ke Dalhousie Lane, Singapura.

BAHASAKitab
MADRASAH AL-IQBAL

MADRASAH AL-IQBAL, sekolah rendah agama di Singapura dan kemudian berpindah ke Riau-Lingga. Madrasah ini dibuka pada bulan Disember 1907 bersamaan 1 Muharam 1326, bertempat di No. 107, Seligi Road, Singapura. Penaungnya ialah Raja Ali Ahmad dari Lingga. Dalam tempoh ini, madrasah dijadikan sebagai pusat untuk memajukan pendidikan oleh golongan Kaum Muda. Madrasah al-Iqbal telah dipilih sebagai pusat kegiatan pendidikan yang pertama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas