Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ping.gang] | برڤيڠݢڠ

Definisi : mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpinggang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antique bodicebadan pakaian antikKesenianTiadaBadan pakaian sendat yang berpinggang labuh, bergaris leher dedah bahu dan menirus di hadapan garis pinggang. Ia merupakan pakaian rasmi wanita Barat pada tahun 1830-an dan 1840-an.
zoot suitsut zutKesenianTiadaStail pakaian lelaki yang terkemuka dalam tahun 1940-an termasuk seluar berpinggang tinggi, berlisu dan sendat bahagian buku lali. Dipakai bersama kot labuh yang berbahu lebar dan berlapel, topi berbirai lebar dan rantai kunci yang panjang disangkutkan pada kocek jam dan kuncinya dimasukkan ke dalam kocek sisi seluar. Pakaian lelaki pada tahun 1940-an.
ketebongketebongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram panjang dan berpinggang. Dram ini diperbuat daripada kayu dan mempunyai satu muka kulit. Kulit dipasang pada baluh dengan siratan tali rotan. Ketebong diletakkan secara mendatar di atas riba dan dipukul dengan kedua-dua belah tapak tangan. Dram ini dimainkan dalam ensembel dram engkerumong bagi mengiringi tarian. Kete­bong dimainkan oleh masyarakat suku kaum Iban di Sarawak. Dram ini dikenali juga sebagai katebong.

o-tsuzumio-tsuzumiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Baluh alat muzik ini berpinggang dan diperbuat daripada kayu. Dua muka kulit dipasang pada baluh dengan tali tebal. O-tsuzumi dimainkan dengan cara meletakkannya di atas riba dan satu muka kulit dipukul dengan sebelah tangan. Dram yang berasal dari Jepun ini menghasilkan rentak tertentu dalam orkestra untuk teater tradisional Jepun seperti teater noh dan kabuki.

empire stylestail empayarKesenianTiada1. Jaket pendek berbres dubel, berkolar Napoleon, berpotongan lurus ke kelepet, dipakai bersama rompi berbres tunggal, dipadankan dengan seluar brices Kashmer sama sendat serta memakai kravat. Pakaian lelaki semasa Empayar Pertama Perancis di bawah pemerintahan Napoleon I pada tahun 1804 hingga 1815.,2. Gaun berpinggang tinggi, bergaris leher jeluk persegi pada bahagian belakang dan hadapan, berlengan gelembung kecil dan dipadankan dengan jaket spenser dan bonet. Pakaian wanita Eropah pada tahun 1804 hingga 1815.
ko-tsuzumiko-tsuzumiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Baluhnya yang berpinggang diperbuat daripada kayu. Kedua-dua permukaan kulit dram dipasang pada baluh dengan tali tebal. Dram ini dipegang dengan sebelah tapak tangan di bahu, sementara tangan yang sebelah lagi memukul satu muka kulit. Ko-tsuzumi dimainkan dalam ensembel teater noh di Jepun.


Kembali ke atas