Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pin.tu.kan] | برڤينتوکن

Definisi : mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatuh yg divarnis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpintukan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berpintukanmempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatuh yg divarnis.Kamus Dewan Edisi Keempat
pintu1. ruang utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah dll): jangan duduk di ~; 2. papan dll utk menutup ruang pintu: sebuah ~ besar bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; 3. ki kesempatan utk men­capai sesuatu, jalan ke: membuka ~ utk perundingan damai; kalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan akan terbuka bagi kita; (politik) ~ terbuka politik yg membolehkan penanaman modal dr negeri asing; 4. Id palang pd jalan yg melintasi landasan kereta api; 5. penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dsb: ada kira-kira sepuluh ~ kedai yg terletak di kiri kanan jalan raya; cukai ~ = hasil ~ cukai yg dikenakan pd pemilik rumah (di kawasan per­bandaran); ~ air penahan air (dibuat drpd besi atau papan) yg boleh diturunnaikkan; ~ angin sj lubang kecil utk udara keluar masuk; ~ belakang a) pintu bangunan (rumah dsb) yg letaknya di belakang; b) ki cara mencapai sesuatu matlamat (spt jawatan, pekerjaan dsb) secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dsb; ~ gerbang (gapura, lawang) pintu besar utk keluar masuk sesuatu kawasan (kota, markas, dll); ~ hati kalbu; ~ jendela penutup jendela (drpd papan, kaca, dll); ~ keluar (masuk) pintu atau jalan yg digunakan utk keluar atau masuk; ~ maling pintu kecil di belakang atau di samping rumah; ~ mati pintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi); ~ monyet pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); ~ rangkap daun pintu yg berangkap dua; ~ rezeki jalan (peluang) utk mendapat rezeki; ~ salah sj tingkap pd dinding istana; ~ sorong(an) = ~ sorok pintu yg disorong utk membuka atau menutupnya; ~ tani sj pintu gerbang istana; bagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg membahayakan; satu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka prb a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya; berpintu 1. mempunyai pintu; 2. sl meng­ikut pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi; berpintukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatuh yg divarnis.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas