Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pi.sah.pi.sah] | برڤيسه- ڤيسه

Definisi : berasing-asing, bercerai­-cerai, berdiri sendiri-sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Baru-baru ini, IPG heboh dengan penggunaan perkataan "penyuraian" tetapi kata terbitan ini tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Adakah perkataan ini wujud dalam bahasa Melayu? Jika tidak, apakah istilah yang sesuai dalam konteks yang berikan? Sekian, terima kasih.Salam Sejahtera tuan/puan.  Untuk makluman tuan/puan, penyuraian ialah kata terbitan yang berasal daripada kata “surai”. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi yang berikut:  bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masing-­masing; menyurai, menyuraikan menjadikan ber­surai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu.  Sekian. Terima kasih.Tokoh11.08.2017
Dengan berdasarkan jawapan tuan, saya masih tidak jelas akan kedudukan perkataan ini dalam bahasa Melayu. Adakah "penyuraian" wujud dalam bahasa Melayu walaupun kata terbitan ini tidak disenaraikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, penyuraian ialah kata terbitan yang berasal daripada kata “surai”. Kamus Dewan Edisi Keempat memberikan definisi yang berikut: bersurai berpisah-pisah, bercerai-cerai: setelah mayatnya ditimbus, semua yg hadir pun ~lah pulang ke tempat masing-­masing; menyurai, menyuraikan menjadikan ber­surai, membubarkan (perkumpulan dll), memisah-misahkan, mencerai-ceraikan: polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata utk menyuraikan perkumpulan haram itu.

Untuk makluman tuan/puan juga, walaupun kata "Penyuraian" tidak dinyatakan dalam Kamus Dewan (kata dasarnya "surai"), tapi kata tersebut boleh diterima pakai dalam konteks penggunaan bahasa Melayu.
Lain-lain22.08.2017
saya nak tanya pasal suami.kami dah pisah selama 2tahun dan anak kami dia yg jaga.saya ada aduan mengenai suami saya.dia tak nak bagi saya jumba anak saya dan ada sekali saya nak jumba anak saya dia datang untuk memukul saya,sbb takut saya tak jumba anak saya..kalau saya jumba pun saya pergi ke sekolah mereka.saya belum cerai dgn suami saya tapi kami berpisah selama dua tahun.masalahnya dua hari lepas dia memukul anak saya sampai mukanya cedera...saya minta dia,yang saya nak jaga anak,dia tak nak bagi.saya skg kerja kat kuala lumpur dan saya tak tahu macam mane nak tangani masalah ini.. dan saya skg dah memeluk islam dgn suka hati..keluaga saya tak tahu mengenai memeluk islam.bolehkah saya ambil hak jaga anak saya?dan bagai mana?saya dah memeluk islam bagaimana nak cerai dgn suami saya??saya confuse tak tahu cara macam mane nak tangani masalah ini!!!tolong saya!!!

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya memberi jawapan kepada soalan yang berkenaan dengan Bahasa, Sastera, dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja.  Soalah puan berkenaan rumah tangga, tidak ada kena mengena dengan pihak DBP, jadi kami tidak dapat melayani pertanyaan puan.  Saya sarankan puan mengadu ke pejabat agama tempat tuan memeluk Islam, atau ke pejabat PERKIM, saya pasti mereka akan membantu.  Berkenaan anak puan yang dipukul oleh suami, jika ternyata benar, dan puan mempunyai bukti, puan boleh membuat pengaduan ke balai polis terdekat supaya anak puan boleh dilindungi.  Berkenaan keluarga puan yang tidak mengetahui tentang keadaan puan yang telah memeluk Islam mungkin boleh juga puan bincangkan dengan pejabat agama.  Mungkin pejabat agama juga boleh memberi bantuan dari segi bantuan guaman untuk membantu puan dalam menangani masalah penjagaan anak.

Saya bagi pihak DBP berharap puan dapat menyelesaikan masalah puan dengan baik, kerana sememangnya masalah puan tidak dapat kami tangani kerana di luar bidang kuasa kami.

Lain-lain01.08.2009

Kembali ke atas