Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.po.ko/] | برڤوکوق

Definisi : 1. ditumbuhi pokok, terdapat atau ada pokok: sebidang tanah lapang yg langsung tidak ~; 2. berasal (drpd), bermula (dr); 3. berasas (pd), berdasar (pd); ~ pangkal pd berpunca drpd, mempunyai sesuatu sbg asas­nya; 4. berlantaran, bersebab; 5. bermodal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.po.ko/] | برڤوکوق

Definisi : berasas (pd); berdasar (pd). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pokok (kata nama)
Bersinonim dengan pohon, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, semak, samun, flora;,
Kata Terbitan : berpokok,

Peribahasa

Berbilang dari esa,
     mengaji dari alif.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DOWNS

Downs pada umumnya merupakan kawasan

lereng banjaran bukit yang tidak berpokok.

Nama ini digunakan terutamanya di England

bagi kawasan rumput tempat lembu ternakan

meragut.

UMUM 
MURMANSK

Murmansk (pend. 412 000), pelabuhan utama

Rusia di Lautan Artik. Ia merupakan bandar

terbesar di utara Bulatan Artik. Arus Telukan yang

panas menyebabkan pelabuhan ini tidak dilitupi ais

sepanjang tahun. Murmansk terletak di kawasan

tanah rata, kawasan tiada berpokok di bahagian

utara Semenanjung Kola. Ia bersempadan dengan

Serokan Kola, cabang Lautan Artik. Untuk lokasi,

lihat Rusia, (peta politik).

UMUM 
RUBAH ARTIK

Rubah Artik ialah rubah kecil yang tinggal di

kawasan yang gersang, tidak berpokok di sekitar

Lautan Artik dan di pulau-pulau di Lautan Artik.

UMUMUmum

Kembali ke atas