Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.po.li.tik] | برڤوليتيک

Definisi : mengambil bahagian dlm politik, menjalankan (mengamalkan) politik: keadilan ~ adalah subjektif; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.po.li.tik] | برڤوليتيک

Definisi : mengambil bahagian dlm urusan politik; menjalankan politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpolitik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cyberpoliticspolitik siberTeknologi MaklumatTiadaProses berpolitik menggunakan perkhidmatan Internet.
political acumenkepintaran politikSejarahTiadaKebijaksanaan atau kecilikan seseorang atau kumpulan dalam urusan berpolitik.
consolidation (power)pengukuhan (kuasa)Sains PolitikPolitik PerbandinganAksi atau proses yang diambiI oleh pemimpin bagi memantapkan penguasaannya dalam pentadbiran atau pemerintahan. Tindakan ini diambil ekoran daripada kewujudan ancaman atau saingan terhadap kedudukan atau penguasaannya. Bagi menghalang ancaman tersebut, beberapa langkah pengukuhan dilakukan. Antaranya melalui pindaan atau penggubalan undang-undang seperti mewajibkan parti politik memohon permit berkempen, menghalang penerbitan sebarang media cetak selain media pemerintah, melucutkan jawatan individu yang mengancam kedudukan dan mengehadkan kebebasan berpolitik di negara tersebut. Namun begitu, terdapat juga proses pengukuhan yang bersifat positif seperti perubahan struktural dalaman sesebuah organisasi. Contohnya, kewujudan beberapa kementerian baru yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas memenangi Pilihan raya 2004.
socializationsosialisasiSains PolitikPolitik PerbandinganProses menerapkan nilai sosial, budaya, politik dan sebagainya kepada individu dalam sesebuah masyarakat. Sosialisasi ini berlaku secara sedar atau tidak sedar yang berjalan secara berterusan sejak seseorang itu masih kecil. Proses ini juga mendedahkan individu kepada nilai budaya masyarakatnya dan seterusnya mengamalkan budaya tersebut seperti anggota lain. Proses ini biasanya dilakukan oleh ejen sosialis seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah, media dan tempat kerja. Contohnya, seorang ayah yang aktif berpolitik akan mendedahkan anaknya kepada aktiviti politik yang disertainya. Sinonim pemasyarakatan.
governmental interventioncampur tangan kerajaanPentadbiranTiadaTindakan pemerintah bagi mengawal perjalanan mahupun keputusan dalam pengurusan pihak persendirian dan swasta. Campur tangan ini boleh bersifat penetapan syarat yang mesti diikuti, sempadan yang mesti dipatuhi, pemeriksaan terhadap barangan dan keluaran. Campur tangan kerajaan biasanya dilakukan untuk memelihara kepentingan dan keselamatan negara namun secara tidak langsung boleh menggugat kreativiti, kebebasan dan pasaran. Campur tangan kerajaan juga boleh dilihat dengan jelas dalam transaksi ekonomi, penetapan harga barang, pembinaan infrastruktur, pelaksanaan kursus di universiti, perkembangan bahasa, alam sekitar, budaya, hiburan, kesihatan, pembangunan industri dan kebebasan berpolitik. Dalam banyak kes, campur tangan kerajaan tidak digemari oleh pihak yang berkenaan seperti pihak swasta yang menjalankan perniagaan sama ada perkilangan, pendidikan, hospital atau klinik, media, perdagangan import eksport dan sebagainya. Kegagalan mematuhi penetapan kerajaan akan dikenakan tindakan undang-undang. Contoh campur tangan kerjaan ialah penetapan harga barang terhadap barang kawalan yang telah ditetapkan menjelang musim perayaan dan penetapan sesuatu projek pembukaan tanah, memerlukan kelulusan kajian impak alam sekitar (EIA) sebelum diluluskan.

Kembali ke atas