Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pun.ca] | برڤونچا

Definisi : ; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
punca (kata nama)
1. Bersinonim dengan sumber: asas, asal, mula,

2. Bersinonim dengan pangkal: perdu, asal, mulanya, pokok, tajuk,

Kata Terbitan : berpunca,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI YALU

Sungai Yalu berpunca dari puncak yang paling

tinggi di Changbai Shan, atau Pergunungan Long

White di Manchuria. Sungai itu membentuk

sebahagian besar sempadan antara Korea Utara

dengan Manchuria dan mengalir sepanjang 800

kilometer ke Laut Kuning. Sungai ini menjadi

penting semasa Perang Korea (1950–1953). Komunis

China menyeberangi Sungai Yalu pada

pertengahan bulan Oktober 1950 bagi membantu

Korea Utara dalam perang tersebut.

UMUM 
SUNGAI PARNAIBA

Sungai Parnaiba berpunca dari Pergunungan

Tabatinga berhampiran sempadan negeri Goiás,

Brazil. Sungai ini mengalir sejauh 1370 kilometer

ke timur laut menuju Lautan Atlantik (lihat Brazil

[peta]). Ia merupakan sempadan di antara negeri

Maranhão dengan negeri Piaui. Cabang utamanya

meliputi Sungai Balsas, Gurgueia, Caninde, Poti

dan Longa. Kapal mengangkut lilin carnauba,

kapas, beras dan tembakau belayar kira-kira sejauh

480 kilometer dari Floriano ke bandar Parnaiba di

pinggir Lautan Atlantik.

UMUM 
SUNGAI ARNO

Sungai Arno berpunca di bahagian Etruscan di

Pergunungan Appenine di barat laut Itali. Sungai ini

mengalir ke barat kira-kira 240 kilometer lalu masuk

ke Laut Liguarian (lihat Itali [peta fizikal]). Hanya kira-kira

32 kilometer dari Sungai Arno adalah sesuai

untuk pelayaran. Bandar Florence dan Pisa terletak

di sepanjang tebingnya. Lembah Arno yang subur

mempunyai ladang anggur dan ladang pokok zaitun

dan juga terkenal kerana keindahan

pemandangannya. Lihat juga Florence; Pisa.

UMUM 
PERANG DUNIA PERTAMAPerang yang berpunca daripada kebangkitan Nasionalisme dan pertelingkahan di kalangan kuasa-kuasa besar Eropah untuk melindungi bangsa masing-masing.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SUNGAI ORD

Sungai Ord, di Australia Barat, berpunca

berhampiran Halls Creek dan mengalir ke arah

utara sejauh 480 kilometer masuk ke dalam Teluk

Cambridge, berdekatan Wyndham. Bersama-sama

dengan cabangnya, ia menyaliri kawasan di hulu

sungai, Empangan Sungai Ord yang seluas 46 200

kilometer persegi. Sungai Ord merupakan sumber

air bagi rancangan pengairan yang besar, direka

untuk membekalkan air bagi kawasan tanah seluas

75 000 hektar, khusus ditanami tanaman tropika

dan subtropika. Kira-kira 14 000 hektar tanah telah

dimajukan. Rancangan pengairan ini termasuklah

Empangan Pelencongan Kununurra dan Empangan

Sungai Ord.

UMUM 
PERANG REBUT TAKHTA

Perang rebut takhta. Perang yang berpunca

daripada pertikaian terhadap siapa yang harus

menaiki (mewarisi) takhta dikenali sebagai perang

rebut takhta . Empat perbalahan penting yang

berlaku dalam sejarah Eropah yang dikenali

dengan nama tersebut, iaitu Perang Rebut Takhta

Sepanyol, Perang Rebut Takhta Poland, Perang

Rebut Takhta Austria, dan Perang Rebut Takhta

Bavaria .

UMUM 
NORE

Nore ialah sungai di Republik Ireland. Sungai ini

berpunca dari banjaran Devilsbit, di Tipperary, dan

mengalir ke arah tenggara sejauh 110 kilometer.

Sungai ini bersambung dengan Sungai Barrow dan

Suir sebelum memasuki laut di Waterford Harbour.

UMUM 
SEJUK KAKI

Sejuk kaki ialah keadaan penyakit di bahagian

bawah kaki yang berpunca daripada terlalu lama

terdedah kepada sejuk lembap. Keadaan ini

dialami oleh ramai askar yang bertempur di parit

pelindung semasa Perang Dunia I (1914–1918). Ia

menyerupai reput fros yang ringan hinggalah

kepada yang sederhana. Reput fros terjadi akibat

terdedah kepada keadaan sejuk kering. Askar,

pekerja luar, dan pemburu selalu mengalami

sejuk kaki. Ia perlu dirawat seperti reput fros,

dengan membersihkan kaki, berehat dan

mengembalikan peredaran darah.

UMUM 
OUSE

Ouse ialah nama empat batang sungai yang

utama di England. Sungai Great Ouse berpunca di

Northamptonshire dan mengalir sejauh 260

kilometer melalui kaunti Buckinghamshire,

Bedfordshire, Cambridgeshire, dan Norfolk

sehingga ke Wash.

UMUM 
SUNGAI WAIKATO

Sungai Waikato ialah sungai yang paling

panjang di New Zealand. Sungai ini berpunca di

Gunung Ruapehu, di bahagian tengah Pulau Utara

dan mengalir ke utara sejauh 425 kilometer.

Sungai Waikato mengalir melalui Tasik Taupo,

kota Hamilton, dan wilayah Waikato lalu mengalir

menuju ke Laut Tasman di Pelabuhan Waikato.

Sungai ini telah diempang untuk penjanaan kuasa

hidroelektrik di Ohakuri, Atiamuri, Whakamaru,

Maraetai, Waipapa, Aratiatia, Karapiro dan

Arapuni. Empangan-empangan tersebut

membentuk tasik dan menjadi tempat berperahu

dan memancing ikan yang popular.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas