Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.su.pu.su] | برڤوسو - ڤوسو

Definisi : Mn kusut atau berterbangan ke sana sini (asap, kekabu, rambut, dll): ia menyapu-nyapu rambut anaknya yg ~ kerana angin; asap rokok mula berpusu-pusu dr mulutnya; fikiran yg berpusu-pusu fikiran yg kusut; lari berpusu-pusu lari ke mana-mana tidak tentu hala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.su.pu.su] | برڤوسو - ڤوسو

Definisi : berkelompok-kelompok, berduyun-duyun: orang ~ berdiri di kaki lima; askar Jepun berpusu-pusu menaiki kereta api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.su.pu.su] | برڤوسو - ڤوسو

Definisi : berkerumun atau bergerak beramai-ramai; berduyun-duyun: Orang ramai ~ menaiki kereta api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusu1
Kata Terbitan : berpusu-pusu,
Rujuk :busut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Orang ramai ...... pergi ke pasar tani itu pada setiap hari minggu. Antara 'berpusu-pusu' dan 'berbondong-bondong' yang mana paling sesuai dijadikan jawapan untuk soalan di atas.Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu , kedua-duanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai. Kedua-duanya sesuai bagi konteks ayat tersebut.Tatabahasa08.08.2012
selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____ keluar dari Stadium Bukit Jalil. soalan saya ialah jika pilihan jawapan ada berbondong-bondong dan berpusu-pusu, yang manakah harus dipilih sedangkan kedua-dua jawapan mempunyai maksud yang sama iaitu berduyun-duyun? yang manakah lebih tepat dan mengapa???Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Sebagai contoh lain: Kelihatan kereta di atas jalan raya itu bertali arus sejak petang tadi. Frasa bertali arus digunakan bagi menggambarkan keadaan kenderaan yang  banyak dalam keadaan bergerak.Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong, berpusu-pusu dan bertali arus, semuanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai dan bilangan kenderaan yg banyak. Tidak salah menggunakan frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu tersebut. T.kasih. Makna06.08.2008
adakah "banyak" telah menggantikan fungsi "ramai" dalam struktur ayat - ayat tertentu, seperti:- "Setiap isnin banyak orang berpusu - pusu ke pejabat".

Saudara,

Kata "banyak" digunakan untuk menunjukkan bilangan tak tentu dan boleh tukar ganti penggunaannya dengan kata "ramai" bagi maksud yang sama.

 

Tatabahasa09.11.2010
Yang paling tepat bagi ayat di bawah 1Orang ramai________di perhentian bas untuk pulang ke kampung. A.BERASAK-ASAK B.BEPUSU-PUSU C.BERDUYUN DUYUNKetiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi kata kerja dalam ayat tersebut. Berpusu-pusu sama maksudnya dengan berduyun-duyun, iaitu berkerumun atau bergerak beramai-ramai. Berasak-asak bermaksud  berhimpit-himpit dan bertolak-tola­kan. Jika perkataan berpusu-pusu dan berduyun-duyun setara maknanya, maka pilihan jawapan yang tepat untuk ayat tersebut ialah berasak-asak.Tatabahasa03.03.2014
1. (terjebak dalam/ terjebak dengan) Manakah satu yang betul? 2. Adakah "merubah" sama dengan "mengubah" dan bolehkah kedua-dua perkataan ini digunakan dalam konteks ayat yang sama? 3. Apakah perbezaan antara "tatkala" dengan "apabila"? 4. (berpusu-pusu/ berduyun-duyun/ berbondong-bondong) Apakah perbezaannya? Bolehkah anda berikan contoh ayat untuk setiap perkataan? Selain itu, kalau boleh, berikan sebab-sebab anda memilih jawapan anda. Terima kasih saya ucapkan.

1. Kedua-duanya boleh digunakan pada maksud yang sesuai.

2. Ya, boleh. Kerana antara makna merubah ialah 'mengubah'.

3. Tatkala: ketika (itu), pd masa (itu), wakdontu (itu). Apabila: semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala

4. kesemuanya membawa maksud yang sama.

Lain-lain07.08.2009

Kembali ke atas