Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.bar] | برصبر

Definisi : = ~ hati bertenang (fikiran, perasaan, dll), bersifat sabar: “ceritalah segera,” desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat hendak ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.bar] | برصبر

Definisi : , = ~ hati berlaku sabar; bersifat sabar: Kita hendaklah ~ ketika menghadapi sebarang kesulitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersabar


Pantun

PantunSumberTema
Banyak kelawar terbang petang, Singgah makan bunga durian; Banyak bersabar jadi perangsang, Besarkan anak jadi pahlawan.Pantun Melayu SarawakNasib
Bakul besar berisi pulut, Pulut hitam dibuat tapai; Lama bersabar hatiku hanyut, Siang malam badan meragai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jalur Gemilang mengah berkibar, Kereta dipakai belum disedia; Sebagai isteri banyak bersabar, Pelita hidup keluarga bahagia.Pantun Melayu SarawakKasih
Api tungku nyalanya besar, Bila bertanak masaklah bekal; Hati rindu bawa bersabar, Bila tidak rosaklah akal.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana kita hendak belayar, Ombak besar memecah tebing; Bagaimana hamba hendak bersabar, Kudengar abang sudah berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana orang hendak belayar, Kemudi rosak kena gelombang; Bagaimana abang hendak bersabar, Janjimu tidak dapat dipegang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungguh elok berbatang lebar, Tidak nampak basah kuyupnya; Sungguh elok orang bersabar, Tidak nampak susah hidupnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tiap mudik perahu layar, Ramailah orang membeli hambal; Kuharap adik mahu bersabar, Menanti abang mencari bekal.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telah lama orang belayar, Perahu kolek laju meluncur; Sudah lama abang bersabar, Menunggu adik mahu menegur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sakit kaki kerana terbakar, Dibawa tegak jatuh terkulai; Sakit hati dibawa bersabar, Bila tidak kasih bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas