Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ja/] | برساجق

Definisi : ark padan, sesuai, cocok: mendapat isteri yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ja/] | برساجق

Definisi : 1. bersesuaian bunyi suku kata (dlm pantun, syair, dll): kata lengang ~ dgn kata awang; 2. berbentuk sajak (pantun, syair, dll): cerita ~; 3. menyajak: sejak mula ~ dulu, sajaknya panjang-panjang; 4. meng­ungkap-kan atau mendeklamasikan sajak: dlm majlis itu, ada yg berpantun, ~ atau bersyair; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ja/] | برساجق

Definisi : 1 sesuai atau sama bunyi suku katanya: Kata berlayar, ~ dgn kata bayar. 2 dlm bentuk sajak: cerita ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sajak
1. Bersinonim dengan puisi
( syair, epik, gurit, bait, prosa, epos, nalam, nazam, radif, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan segak
( bergaya, tampan, lawa, cantik, indah, menarik, pantas, padan, cocok, sekah, takah, tumandang, )
(adjektif:)
Berantonim dengan hodoh

Kata Terbitan : bersajak, menyajak, menyajakkan, penyajak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam ..saya ingin bertanya...ada tak kursus,bengkel atau seminar untuk individu yg berminat dgn puisi dan bidang penulisan.ini.saya berkebolehan bersajak.namun bakat yg ada tidak dpt diperluaskan kerana tidak tahu maklumat. oleh itu jika ada sebarang pertandingan saya ingin menyertainya.Buat masa ini Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP tidak menganjurkan sebarang peraduan menulis puisi.  DBP juga tidak mengendalikan sebarang kursus atau seminar dalam bidang penulisan puisi.  Saudara boleh menghubungi persatuan penulis yang berhampiran dengan tempat anda yang mungkin ada mengendalikan kursus sebegini, seperti KEPEZI yang diketuai oleh penulis mapan Puan Zaharah Nawawi.Lain-lain01.04.2010
Salam sejahtera, Adakah penulisan ini dianggap sebagai syair dan terdapat apa-apa kesalahan penggunaan tatabahasa dalamnya? Didahului dengan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar Tuan/Puan.Menurut Kamus Dewan Perdana, syair merupakan karangan dalam bentuk cerita bersajak, terdiri daripada empat baris setiap rangkap dan berakhirkan suku kata yang sama bunyinya dan dibaca dengan lagunya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, teks yang dilampirkan bukanlah syair kerana setiap rangkap hanya mempunyai dua baris ayat sahaja.Sastera20.05.2022
saya ingin mengetahui huraian tentang perkataan di bawah dari mana berasal.asal usul dan apa saja yang berkaitan dengannya secara jelas dan lengkap.perkataannya ialah 1.PANTUN 2.SYAIR 3.GURINDAM, 4. SELOKA 5.MENTERA 6.TEROMBA 7.NAZAM.Mengikut Kamus Dewan makna perkataan-perkatan berikut ialah: 1) Pantun - sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); 2) Syair - sj karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya); 3) Gurindam - sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran); 4) Seloka - sj puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll); 5) Mentera - kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; 6) Teromba - sejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan, tambo, riwayat. 7) Nazam -Ar sj gubahan puisi (spt sajak, syair). Untuk mengetahui makna setiap perkataan itu dengan lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau IPTA.Lain-lain03.12.2007

Kembali ke atas