Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.lam] | برسلام

Definisi : berjabat tangan: ia telah dikerumuni oleh orang-orang yg ingin ~ dengannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.lam] | برسلام

Definisi : berjabat tangan (tanda memberi hormat): Sebelum berangkat, baginda telah ~ dgn penduduk-penduduk kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH TUJUAN ADAT BERSALAM DILAKUKANAdat bersalam biasanya dilakukan sebagai tanda sapaan melalui perbuatan (bersalam) antara sesama insan. Adat ini juga dikaitkan dengan ketulusan hati sesama insan dalam bermaaf-maafan dan adat bersalam ini menjadi budaya murni sesama insan.Lain-lain24.10.2007
Kami bersalaman dengan Encik Johan. ATAU Kami bersalam dengan Encik Johan. bersalaman dengan ATAU bersalam dengan
Penggunaan yang betul ialah bersalam dengan. 
Tatabahasa07.11.2020
Sesudah bersalam-salaman, Azman melayangkan matanya ke setiap penjuru bilik. soalan saya ialah apakah perkataan yang paling sesuai menggantikan perkataan melayangkan kerana saya berpendapat melayangkan tidak sesuai digunakan?Cadangan kami ialah 'Azman melihat ke setiap penjuru bili'. Terima kasih.Tatabahasa07.06.2008
Contoh ayat: Erna sedang bersalam dengan nenek Timah..ada kesalahan tidak ayat inj..khususnya penggunaan perkataan bersalam??Selamat petang:

Tiada kesalahan bagi ayat tersebut. Sekian, terima kasih.
Lain-lain22.10.2016
Kemusykilan tentang binaan ayat-ayat yang berikut. Yang mana satu betul 1. Mereka saling bersalam-salaman sebelum berpisah 2. Mereka bersalaman sebelum berpisah 3. Mereka saling bersalam sebelum berpisahAyat yang betul ialah ayat 2. Sila rujuk Kamus dewan Ediis Keempat untuk keterangan lanjut. Tatabahasa25.10.2010
Yang mana betul? 1.Amin bersalaman dengan neneknya. 2.Amin bersalam-salaman dengan neneknya. 3.Amin menyalam neneknya. 4.Amin menyalami neneknya.Jawapan yang betul ialah   1. Amin bersalaman dengan neneknya. 2. Amin bersalam-salaman dengan neneknya.  4. Amin menyalami neneknya.Tatabahasa18.01.2020
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Mohon bantuan pihak tuan untuk menerangkan proses pembentukan kata untuk perkataan "bersalam-salaman". Terima kasih.Kata dasar "salam" apabila menerima apitan beR-...-an, menerbitkan kata bersalaman. Bersalam-salaman ialah gandaan dan mempunyai maksud yang sama dengan bersalaman.Tatabahasa17.05.2016
salam sejahtera. Saya ingin memastikan adakah ayat-ayat berikutbetul atau sebaliknya. I) Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. II) Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari rumah. III) Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. IV Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit.

Kata yang bergaris telah dibuat pembetulan, manakala yang lain adalah betul.  

1. Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan.

2. Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar daripada rumah.

3. Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh.

4. Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit.

Tatabahasa07.07.2008
Salam sejahtera, Saya ingin pastikan sama ada ayat di bawah betul atau sebaliknya. terima kasih. Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari rumah.Ayat tersebut betul. Harap maklum.Tatabahasa15.07.2008
Salam, Bolehkah istilah "Berkunjung salam" digunakan untuk membawa maksud mengunjungi rumah ke rumah sempena Hari Raya sambil bersalam-salaman. Terima kasih.Berkunjung ialah kata kerja dan lazimnya diikuti kata sendi nama seperti berkunjung ke rumah. Frasa berkunjung salam adalah tidak tepat.Tatabahasa23.06.2016
12

Kembali ke atas