Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : saling ber-tukar salam (berjabat tangan): kami ~ sambil bertukar senyum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul? 1.Amin bersalaman dengan neneknya. 2.Amin bersalam-salaman dengan neneknya. 3.Amin menyalam neneknya. 4.Amin menyalami neneknya.Jawapan yang betul ialah   1. Amin bersalaman dengan neneknya. 2. Amin bersalam-salaman dengan neneknya.  4. Amin menyalami neneknya.Tatabahasa18.01.2020
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Mohon bantuan pihak tuan untuk menerangkan proses pembentukan kata untuk perkataan "bersalam-salaman". Terima kasih.Kata dasar "salam" apabila menerima apitan beR-...-an, menerbitkan kata bersalaman. Bersalam-salaman ialah gandaan dan mempunyai maksud yang sama dengan bersalaman.Tatabahasa17.05.2016
Kemusykilan tentang binaan ayat-ayat yang berikut. Yang mana satu betul 1. Mereka saling bersalam-salaman sebelum berpisah 2. Mereka bersalaman sebelum berpisah 3. Mereka saling bersalam sebelum berpisahAyat yang betul ialah ayat 2. Sila rujuk Kamus dewan Ediis Keempat untuk keterangan lanjut. Tatabahasa25.10.2010

Kembali ke atas