Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit tuan.. saya kekeliruan dengan bersama dengan anak atau bersama anak ? bersama dengan surat..atau bersama surat...? tq

bersama dengan dan bersama boleh digunakan.

Tatabahasa18.09.2011
Ayat mana yang betul?Kata Penguat dengan Kata Ganda diguna bersama. 1) riuh-rendah 2) sangat riuh-rendah 3) sangat riuh-rendah sekali TQKetiga-tiga ayat ini boleh digunakan.Tatabahasa08.05.2014
Cikgu, 1. bersama-sama sahabatnya 2. bersama-sama dengan sahabatnya 3. bersama sahabatnya 4. bersama dengan sahabatnya. Cikgu tolong tengok yang manakah dua frasa yang betul dalam contoh frasa ini. Tolong berikan penerangan berdasarkan pilihan cikgu. Terima kasih, saya ingin tahu sangat.Frasa yang betul ialah 1. bersama-sama sahabatnya 4. bersama dengan sahabatnya. Penggunaan perkataan "bersama-sama dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama.Tatabahasa06.05.2014
1. Apakah berbezaan antara perkataan bersama dan bersama-sama? Yang manakah frasa yang tepat "bersama-sama rakan-rakan" atau "bersama rakan-rakan" 2. Penggunaan yang tepat bagi perkataan belakangan ini?

1. Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Frasa yang tepat ialah bersama-sama rakan atau bersama dengan rakan.

2. Belakangan ini sama maknanya dengan kebelakangan ini, contoh ayat: Belakangan/kebelakangan ini, banyak anak-anak Melayu yang berminat untuk berniaga.

Tatabahasa25.01.2011
Salam Tuan. 1. Ali berasal DARI / DARIPADA keluarga yang miskin. 2. Saya makan BERSAMA / BERSAMA DENGAN / BERSAMA-SAMA ibu bapa.1. Ali berasal daripada keluarga yang miskin.
2. Saya makan bersama dengan/bersama-sama ibu bapa.   (kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan)
Tatabahasa20.09.2021
1. Salam sejahtera. Apakah persamaan dan perbezaan antara perkataan 'bersama' dengan perkataan 'bersama-sama'? 2. Antara ayat berikut, yang manakah yang betul? i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama. ii) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama-sama.Salam Sejahtera,

Jawapan 1:  Perbezaan dan persamaan perkataan "bersama" dengan perkataan "bersama-sama" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat per­undingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~;

Jawapan 2: Jawapan yang betul ialah
i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama.
Tatabahasa11.03.2013
Adakah perkataan "bersama" itu kata kerja transitif/kata kerja tak transitif/kata adjektif? Yang manakah lebih gramatis? (1) Saya bersama Sofia (2) Saya bersama dengan Sofia.Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Saya pergi ke kedai bersama dengan Sofia" dan "Saya pergi ke kedai bersama-sama Sofia".Tatabahasa26.01.2018
1. Manakah ayat yang betul ? a) Saya pergi ke kedai bersama ayah. b) Saya pergi ke kedai bersama dengan ayah. c) Saya pergi ke kedai bersama-sama ayah. d) Saya pergi ke kedai bersama-sama dengan ayah. Apakah perbezaan antara "bersama" dan "bersama-sama" dari segi penggunaannya, jika ada?

Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Saya pergi ke kedai bersama dengan ayah" dan "Saya pergi ke kedai bersama-sama ayah".

Tatabahasa25.02.2016
Soalan 1: ...merupakan antara rancangan televisyen yang bermanfaat. Betulkah penggunaan "merupakan antara"? Soalan 2: Apakah perbezaan antara "bersama-sama" dengan "bersama"?1. Frasa yang gramatis "... dalah antara...".
2. Bersama dan bersama-sama bermaksud berserta, bergandingan dengan dan serentak dengan. Kamus Dewan memberikan makna yang sama, namun dalam penggunaan harian kita membezakan penggunaanya, sama ada menggunakan bersama dengan atau bersama-sama.
Tatabahasa31.01.2015
Sila Sahkan ayat manakah yang lebih tepat. Ayat 1: Bersama-sama ini dilampirkan..... Ayat 2: Dilampirkan bersama-sama ini..... Saya mengalami kekeliruan dalam penggunaan ayat berikut di dalam surat rasmi. Mohon bantuan DBP untuk mengesahkan ayat manakah lebih tepat. kerjasama tuan amat dihargai.Ayat yang tepat dan biasa digunakan dalam penulisan surat rasmi ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ....."Lain-lain12.12.2017
12345678910...

Kembali ke atas