Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma.sa.ma] | برساما-سام

Definisi : berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama-sama

Puisi
 

Tatang puan tatang cerana,
     Batang berdiri rama-rama;
Datang tuan datanglah nyawa,
     Mari duduk bersama-sama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Berarak tidak berlari.

Bermaksud :

Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beremba[b«.Ò«m.bA]kata kerjaberjalan bersaing-saingan, berjalan bersama-sama, bersaing, bersama-sama (berkenaan berjalan), berganding-gandingan; beremba-remba.Tang mana pon depa ni pi, depa dok beremba saja.[tAN mA.nA pon dE.pA ni pi dE.pA do/ b«.Ò«m.bA sA.dZA]Ke mana sahaja pergi, mereka tetap berjalan bersama-sama.
beremba-remba[b«.Ò«m.bA.Ò«m.bA]kata kerjaberjalan bersaing-saingan, berjalan bersama-sama, bersaing, bersama-sama (berkenaan berjalan), berganding-gandingan; beremba.Tang mana pon depa ni pi, depa dok beremba-remba saja.[tAN mA.nA pon dE.pA ni pi dE.pA do/ b«.Ò«m.bA.Ò«m.bA sA.dZA]Ke mana sahaja pergi, mereka tetap berjalan bersama-sama.
agaq-agaq liat[A.gAâÖ.A.gAâÖ li.jAt] sejenis kuih yang dibuat daripada agar-agar yang dimasak bersama-sama gula, batu benang sila dan daun pandan.   
rinun[Òi.nun]kata adjektifmasa lampau, hari nun.Rinun aku dah pi sana dengan pak hang.[Òi.nun A.ku dAh pi sA.nA d«.NAn pA/ hAN]Dahulunya aku telah pergi ke sana bersama-sama ayahmu.
dedak-sredak[d«.dA/.sÒ«.dA/]kata adjektifsaki-baki, sisa.Nak makan nasik malam ni, laok dedak-sredak pon tak dak.[nA/ mA.kAn nA.si/ mA.lAm ni lA.wo/ d«.dA/.sÒ«.dA/ pon tA/ dA/]Tidak ada saki-baki lauk pun untuk dimakan bersama-sama dengan nasi malam ini.

Kembali ke atas