Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma.sa.ma] | برساما-سام

Definisi : berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama-sama

Puisi
 

Tatang puan tatang cerana,
     Batang berdiri rama-rama;
Datang tuan datanglah nyawa,
     Mari duduk bersama-sama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Berarak tidak berlari.

Bermaksud :

Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan 'bersama' perlu ditulis sebagai 'bersama-sama'?Perkataan bersama atau bersama-sama digunakan dalam ayat bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contoh ayat; esok harinya Ali datang bersama/bersama-sama anak angkatnya;  Bersama/bersama-sama surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit. Untuk maksud semuanya sekali, atau seluruhnya hendaklah digunakan bersama; contoh ayatnya: tempat perundingan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak.Lain-lain25.03.2010
Ali melawat ke Zoo Negara ( bersama / bersama-sama / bersama dengan / bersama-sama dengan ) keluarganya. Manakan yang betul?merujuk kepada soalan di atas jawapan yang betul ialah: Ali melawat ke Zoo Negara (bersama-sama/ bersama dengan) keluarganya. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan.Tatabahasa21.02.2011
Pengunaan ayat yang manakah lebih baik? *Cuba bilang bersama-sama saya. atau *Cuba bilang bersama-sama dengan saya. atau *Cuba bilang bersama-sama.Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat ialah "Cuba bilang bersama-sama saya".Tatabahasa11.01.2017
Mohon penjelasan tuan; 1. Mereka bersama-sama makan makanan itu. 2. Mereka makan makanan itu bersama-sama. 3. Makanan itu mereka makan bersama-sama. Ayat yang mana betul ?Ayat yang betul ialah:  2. Mereka makan makanan itu bersama-sama; dan 3. Makanan itu mereka makan bersama-sama.Tatabahasa21.02.2012
Assalamualaikum wbt. Mohon bantuan berkenaan penggunaaan perkataan bersama atau bersama-sama. Contohnya: Bersama-sama ini dilampirkan atau bersama ini dilampirkan. Terima kasih.Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat digunakan dalam penulisan surat rasmi ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ....."Tatabahasa12.03.2018
perbezaan antara "bersama" dengan "bersama-sama"

Perbezaan antara “bersama” dan “bersama-sama” ialah “bersama” tidak ada kecualinya, contoh ayat Kemakmuran bersama.  “Bersama-sama” pula ialah berlaku secara serentak dan bergandingan dengan, contoh ayat Azli berjalan masuk bersama-sama Amir.

Tatabahasa11.12.2021
Bersama-sama dengan ini @ Bersama-sama ini... Sehubungan itu, @ Sehubungan dengan itu, Mohon dijelaskan dalam laras bahasa surat disebabkan berlaku kecelaruan dalam surat-menyurat. Tk.Frasa yang betul ialah "Bersama-sama... ini" dan "Sehubungan dengan itu,"Tatabahasa30.05.2012
berjoging bersama-sama dengan ayah. berjoging bersama-sama ayah. berjoging bersama dengan ayah. ayat yang mana satu betul?terima kasih atas bantuanAyat yang betul ialah berjoging bersama-sama ayahTatabahasa07.03.2019
Setiap hari, aku bersama-sama ayah melukis dan bermain bola. (penggunaan bersama-sama dalam ayat ini betul tak?) terima kasih!Penggunaan "bersama-sama" dalam ayat adalah betul.Tatabahasa21.10.2013
Selamat sejahtera, 1.Mereka menyiapkan tugasan seni bersama-sama. 2.Mereka bersama-sama menyiapkan tugasan seni. (Kedua-dua ayat di atas betul ?) Terima kasih.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, yang betul ialah Mereka bersama-sama menyiapkan tugasan seni.Lain-lain13.06.2022
12345678910...

Kembali ke atas