Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma.sa.ma] | برساما-سام

Definisi : berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama-sama

Puisi
 

Tatang puan tatang cerana,
     Batang berdiri rama-rama;
Datang tuan datanglah nyawa,
     Mari duduk bersama-sama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Berarak tidak berlari.

Bermaksud :

Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan membawa lidi, Lidi dibawa negeri China; Susah tuan beranak tiri, Hendak sabar bersama-sama.
Kurik Kundi Merah SagaTatang puan tatang cerana, Batang berdiri rama-rama; Datang tuan datanglah nyawa, Mari duduk bersama-sama.
Kurik Kundi Merah SagaTatang puan tatang cerana, Tatang duduk Seri Rama; Datang tuan datanglah nyawa, Datang duduk bersama-sama.
Kurik Kundi Merah SagaJika tapah jangan mengikat, Kalau mengikat labuhkan dia; Jikalaulah kasih melayang surat, Kita melihat bersama-sama.
Kurik Kundi Merah SagaGelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama.
Kurik Kundi Merah SagaJikalau mandi bersama mandi, Sama seceduk sama sepapan; Jikalau mati bersama mati, Sama setiang sama sekapan.
Kurik Kundi Merah SagaBeli pauh beli serbat, Makan bersama gula batu; Kalau jauh apa nak buat, Sama-sama menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaHendak mandi bersama mandi, Mandi secedok sama sekawan; Hendak mati bersama mati, Hendak selorong sama sekapan.
Kurik Kundi Merah SagaRibut turun bersama angin, Kapal belayar menuju seberang; Sudah kucuba kawan yang lain, Tidak sama sahabat seorang.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik belayar rakit, Tali biar panjang sama; Kasih sayang bukan sedikit, Kalau boleh mati bersama.

Kembali ke atas