Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma.sa.ma] | برساما-سام

Definisi : berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama-sama

Puisi
 

Tatang puan tatang cerana,
     Batang berdiri rama-rama;
Datang tuan datanglah nyawa,
     Mari duduk bersama-sama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Berarak tidak berlari.

Bermaksud :

Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertongkat tebu.Berjalan bersama-sama isterinya atau kekasihnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berarak tidak berlari.Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam orang biduk.Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai anak-anai bubus.Keluar beramai-ramai, berduyun-duyun. bubus = keluar banyak bersama-sama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggelinjang-gelinjang seperti kambing berulit.Sebagai kanak-kanak tingkah lakunya. gelinjang = mendompak-dompak; berulit = tidur bersama-sama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melangkah kaki kanan.Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut.Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama.Suka bertolong-tolongan satu sama lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berek-berek laga siang, malam sekelelapan.Dua golongan yang lahirnya selalu berselisih tetapi batinnya semuafakat. berek-berek = burung yang suka berkawan-berkawan; sekelelapan = tidur bersama-sama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buruk dikembang pada orang, elok dipilih sama seorang.Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas