Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ma.sa.ma] | برساما-سام

Definisi : berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama-sama

Puisi
 

Tatang puan tatang cerana,
     Batang berdiri rama-rama;
Datang tuan datanglah nyawa,
     Mari duduk bersama-sama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Berarak tidak berlari.

Bermaksud :

Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eternal covenantzimmah abadiSejarahTiadaPermuafakatan atau persetujuan untuk bersama-sama sama ada waktu senang atau susah untuk selama-lamanya atau abadi.
intercroppingtanaman selinganPertanianAgroteknologiTanaman yang ditanam bersama-sama tanaman lain sebagai sampingan. Amalan penananam ini dilakukan dalam satu kawasan secara berselang-seli. Tujuan amalan penanaman ini adalah untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih tinggi selain dapat menggunakan kawasan tanah secara optimum. Contoh tanaman selingan di Malaysia ialah penanaman koko bersama-sama kelapa. Kombinasi ini dapat memberikan manfaat kepada koko kerana pokok kelapa dapat memberikan perlindungan kepada koko yang lebih memerlukan keadaan yang bernaung. Contoh lain termasuklah tanaman getah bersama-sama pisang. Tanaman pisang boleh memberikan hasil kepada penanam sementara menunggu getah dapat ditoreh. Tanaman selingan juga dapat mengurangkan risiko perosak dan jangkitan penyakit disebabkan terdapat lebih daripada satu jenis tanaman yang mempunyai musuh-musuh yang berlainan.
kentallenitekentalenitGeologiTiadaMonzonit berwarna gelap yang terdiri daripada augit, olivin,ortoklas dan plagioklas yang terdapat dalam jumlah yang hampir sama, bersama-sama biotit dan oksida legap.
chemisettekemeja kemisetKesenianTiada1. Kemeja linen berkolar kapuk, beropol bahagian hadapan dan hujung lengan dan dipakai bersama-sama dengan rompi. Pakaian wanita semasa menunggang kuda pada akhir abad ke-18 dan ke-19.,2. Kemeja yang dipakai bersama-sama dengan pakaian berleher jeluk. Popular pada abad ke-19.
tidal windangin pasang surutSainsHidrometeorologiBayu silir yang berlaku ketika cuaca tenang di ceruk-ceruk yang pasang surutnya kuat; ia bertiup ke pantai bersama-sama air pasang dan bertiup ke laut bersama-sama air surut.
habit shirtkemeja habitKesenianTiada1. Kemeja linen berkolar kapuk, beropol bahagian hadapan dan hujung lengan dan dipakai bersama-sama dengan rompi. Pakaian wanita semasa menunggang kuda pada akhir abad ke-18 dan ke-19.,2. Kemeja yang dipakai bersama-sama dengan pakaian berleher jeluk. Popular pada abad ke-19.
Cooper pairpasangan CooperFizikNanoteknologiKeadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor.
in concertbersama-samaUndang-undangTiadaTiada
collinearkolinearMatematikTiadaTerletak bersama-sama di atas satu garis lurus.
business objectiveobjektif perniagaanPengurusanPerancanganMatlamat yang ingin dicapai oleh organisasi perniagaan dalam jangka masa tertentu. Objektif perniagaan lazimnya dinyatakan secara jelas dan boleh diukur dengan suatu penyataan yang boleh dikongsi bersama-sama oleh ahli organisasi. Objektif ini boleh ditentukan oleh pihak atasan mahupun diputuskan secara bersama-sama mengikut peringkat objektif yang ingin dicapai, dan perlu disokong dengan sumber dan infrastruktur yang diperlukan. Contoh objektif perniagaan yang baik perlu mengandungi ciri-ciri tertentu, iaitu khusus, boleh diukur, mampu dicapai, realistik dan mempunyai faktor masa.
12345678910...

Kembali ke atas